Ji Zia dibidas, hanya Lee Chong Wei layak bercakap soal imej

Ji Zia dibidas, hanya Lee Chong Wei layak bercakap soal imej

Itu pandangan disuarakan bekas pemain badminton kebangsaan, Datuk James Selvaraj berhubung langkah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang membayar pampasan kepada pemain perseorangan profesional, Lee Zii Jia bagi beraksi dalam Piala Thomas.

Beliau, berkata mana-mana pemain yang terpilih bagi mewakili negara dalam kejohanan berprestij itu seharusnya berbangga kerana ia bukan sesuatu yang mudah dan perlu meletakkan hal berkaitan wang sebagai perkara kedua.

“Daripada 33 juta rakyat Malaysia, hanya beberapa orang saja yang berpeluang untuk menjadi juara Piala Thomas. Anda mungkin boleh memenangi kejohanan individu seperti Seluruh England dan sebagainya tetapi kemuncaknya adalah menjadi juara Piala Thomas.

“Apabila anda terpilih mewakili negara, anda pastinya akan berasa gembira dan berbangga. Wang seharusnya menjadi perkara kedua, saya tidak pasti apa alasan di sebalik keputusan ini tetapi saya berpendirian mewakili negara adalah lebih penting daripada segala-galanya,” kata James kepada BH Sukan.

BH Sukan semalam melaporkan, BAM mengesahkan Zii Jia akan menerima bayaran pampasan bagi menyarung jersi negara dalam kejohanan utama.


Baca Artikel Menarik:

Kes tembakan di KLIA: Penembak melarikan diri ke utara


Pemain ranking ke-11 dunia itu akan menerima bayaran untuk setiap perlawanan disertainya sepanjang kempen Piala Thomas di Chengdu, China dari 28 April hingga 5 Mei ini.

Zii Jia adalah pemain yang ditaja oleh Victor iaitu pesaing kepada Yonex yang menjadi salah satu penaja utama kepada BAM.

Team LZJ pula dalam satu kenyataan menjelaskan bayaran pampasan yang diberikan itu adalah berkait dengan hak imejnya selaku pemain profesional.

Bagaimanapun, James yang mengulas mengenai perkara itu berpandangan hanya bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei layak bercakap soal hak imej berdasarkan reputasinya sepanjang bergelar pemain.

“Apa yang anda boleh cakap mengenai Chong Wei? Dia dua saja, sama ada muncul juara atau naib juara, bukannya kalah pusingan pertama. Chong Wei adalah seorang pemain yang sangat berbeza dan sentiasa meletakkan kepentingan negara paling utama,” kata James yang juga bekas Pengarah Prestasi Tinggi BAM.


Baca Artikel Menarik:

Kes tembakan di KLIA adalah cubaan bunuh isteri


James turut berpandangan langkah diambil BAM ini membuka pintu buat pemain profesional untuk menuntut perkara sama kepada badan induk itu sekiranya mereka dipilih untuk mewakili skuad kebangsaan.

Beberapa jam selepas berita Zii Jia bakal mendapat pampasan untuk menyertai skuad negara pada Piala Thomas, dia ditunjukkan jalan keluar di suku akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC), semalam selepas tewas kepada juara Seluruh England dari Indonesia, Jonatan Christie 11-21, 6-21.

Ji Zia dibidas, hanya Lee Chong Wei layak bercakap soal imej

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Marah kawan dengan Bella, Muaz belikan ibu TV

“Hang yang bagitau abang hang aku pregnant bukan anak dia”

Kifarah Bella dapat laki buas – Ahli keluarga

Kek Lapis Baklava RM650 laku keras di Samarahan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker