Israel akan mula ‘hentikan serangan’ 4 jam di Gaza

Israel akan mula ‘hentikan serangan’ 4 jam di Gaza

Israel bersetuju untuk menghentikan serangan selama empat jam setiap hari di utara Gaza bagi membolehkan rakyat Palestin melarikan diri ke kawasan pantai, umum Rumah Putih walaupun Presiden Joe Biden berkata tiada peluang untuk gencatan senjata sepenuhnya.

Jurucakap Rumah Putih, John Kirby, berkata gencatan kemanusiaan pertama akan diumumkan pada Khamis, memetik laporan Al Jazeera.



Beliau berkata, Israel komited dalam mengumumkan penghentian serangan itu sekurang-kurangnya tiga jam sebelum ia berlaku.

“Pihak kami diberitahu oleh Israel tidak akan ada operasi ketenteraan ketika penghentian serangan itu dan proses terbabit akan bermula hari ini (Khamis),” katanya.

Biden memberitahu pemberita, beliau sudah meminta Israel ‘menghentikan lebih dari tiga hari’ ketika rundingan diadakan bagi membebaskan tebusan yang ditahan oleh pejuang Hamas.

Bagaimanapun, presiden Amerika Syarikat (AS) itu menolak kemungkinan akan berlaku gencatan senjata sepenuhnya.



Kirby berkata, tidak akan ada gencatan senjata antara Israel dan Hamas sebelum menambah tindakan terbabit akan ‘mengesahkan apa yang mereka lakukan’ pada 7 Oktober.

Biden sudah meminta Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk melaksanakan penghentian serangan harian dalam perbualan telefon pada Isnin.

Sementara itu, Israel berkata, pihaknya tidak bersetuju kepada gencatan senjata namun akan membenarkan penghentian serangan sementara bagi membolehkan bantuan kemanusiaan masuk ke kawasan tertentu.

“Tiada gencatan senjata, saya ulangi tiada gencatan senjata. Apa yang kami lakukan, penghentian serangan sementara selama empat jam adalah untuk bantuan kemanusiaan,” kata jurucakap tentera Israel, Richard Hecht.



Penasihat politik kepada ketua Hamas, Ismail Haniyeh Taher al-Nono berkata, pada Khamis rundingan masih diteruskan namun tiada kata putus dipersetujui dengan Israel setakat ini. BH

Israel akan mula ‘hentikan serangan’ 4 jam di Gaza

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Gambar lucah ciptaan AI, artis tempatan menjadi mangsa

Rakyat Malaysia jual sate RM7 secucuk tepi jalan laku keras



Bersatu sudah jadi Berpecah

Pekerja Nasi Kandar Terkenal Hanya Berseluar Dalam Di Dapur (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker