Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO

BAGAN DATUK – UMNO tidak berganjak dengan keputusan mencalonkan Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri jika BN memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan yang dibuat itu tidak boleh dipertikaikan lagi

Namun jelas beliau, kuasa melantik perdana menteri masih tertakluk kepada Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan Persekutuan.

“Jadi jika ada parti pembangkang yang menamakan orang lain daripada Ismail Sabri itu adalah usaha untuk mereka memecahkan UMNO dan BN jadi itu saya tidak hormati pendirian itu.

“Kita hormati kuasa mutlak yang ada di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di Dewan Perdana Kompleks UMNO Bagan Datuk di sini pada Ahad.

Ahmad Zahid ketika menyempurnakan gimik perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di Dewan Perdana Kompleks UMNO Bagan Datuk di sini pada Ahad.

 

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan pemimpin pembangkang bahawa beliau akan diangkat sebagai perdana menteri jika BN memenangi PRU15.

Beberapa UMNO bahagian yang mengadakan mesyuarat perwakilan pada Sabtu dan Ahad turut mengemukakan usul agar Ismail Sabri dicalonkan sebagai perdana menteri jika BN menang pada PRU15.

Pada 14 April lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara mencadangkan Ismail Sabri menjadi calon perdana menteri pada PRU15.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin

Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Musim YB salam B40 sudah tiba

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker