India bantah peta baharu China

India bantah peta baharu China

India menolak ‘peta standard’ baharu China yang menunjukkan negeri Arunachal Pradesh sebagai sebahagian wilayah China.

“Kami hari ini mengemukakan bantahan keras melalui saluran diplomatik mengenai apa yang dipanggil ‘peta standard’ China 2023 yang menuntut wilayah India,” kata jurucakap Kementerian Luar Arindam Bagchi dalam kenyataan pada Selasa.

“Kami menolak dakwaan itu kerana ia tidak mempunyai asas. Langkah pihak China itu hanya merumitkan lagi penyelesaian soal sempadan,” katanya.

Peta itu turut termasuk wilayah Aksai Chin yang India anggap sebagai sebahagian daripada Ladakh tetapi berada di bawah kawalan China sejak 1962.

Edisi 2023 peta standard China dikeluarkan pada Isnin dan dimuat naik di laman sesawang perkhidmatan peta standard yang dihoskan oleh Kementerian Sumber Asli China, menurut media China.

“Peta itu disusun berdasarkan kaedah lukisan sempadan negara China dan pelbagai negara di dunia,” menurut akhbar Global Times di media sosial.

Pertikaian itu berlaku beberapa hari sebelum Presiden China Xi Jinping dijangka ke New Delhi untuk menghadiri Sidang Kemuncak G20.

India dan China mempunyai tuntutan wilayah yang bertindih di sepanjang garisan kawalan sejauh 3,488 kilometer yang memisahkan kedua-dua negara.

Selain India, peta standard China baharu itu juga dilaporkan turut merangkumi kawasan maritim dalam zon ekonomi eksklusif (EEZ) Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak, Brunei, Filipina, Indonesia, dan Vietnam. FMT

India bantah peta baharu China

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini dah nikah?

Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam

DSV jangan takbur sangat

Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker