Hina Islam: Penghantar makanan direman empat hari

Hina Islam: Penghantar makanan direman empat hari

Penghantar makanan yang dikaitkan dengan hantaran menghina agama Islam telah direman empat hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, lelaki yang berstatus duda berusia 39 tahun itu direman sehingga Khamis ini di Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Pagi tadi perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam suspek ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari di sebuah rumah di Bukit Kuchai, Puchong dekat sini susulan laporan polis telah dibuat orang awam pada hari yang sama di Cyberjaya.

Siasatan dan tangkapan dibuat bersabit satu video berdurasi 36 saat yang tular di media sosial memaparkan seorang lelaki menghina Allah, agama Islam dan bangsa Melayu.

Susulan tangkapan suspek, polis turut merampas satu telefon bimbit yang dipercayai digunakan suspek bagi merakam video berkenaan.

Kes disiasat oleh pihak Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan diklasifikasi di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. MG

Hina Islam: Penghantar makanan direman empat hari


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hafal Al-Quran Sejak Umur 14 tahun, Personaliti Media Sosial Khaby Lame Paling Popular Di TikTok [VIDEO]

Saifuddin sindir Rafizi, tegur Imam dalam solat pun ada adab dan akhlaknya

Inflasi : Anwar Ibrahim Pura-Pura Tidak Tahu Atau Sebaliknya – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker