Hari Kebangsaan: DBKL Rugi RM700,000 Akibat Kerosakan Landskap [VIDEO]

Hari Kebangsaan: DBKL Rugi RM700,000 Akibat Kerosakan Landskap

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengalami kerugian sebanyak RM700,000 akibat kerosakan landskap yang berlaku pada sambutan Hari Kebangsaan baru-baru ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, perkara itu berkemungkinan berpunca daripada kehadiran pengunjung yang begitu ramai.

“Kehadiran pengunjung yang begitu ramai, beberapa landskap di kawasan berhampiran Dataran Merdeka telah rosak. Saya rasa ini agak luar biasa dan mungkin rekod baharu (jumlah pengunjung) untuk Kuala Lumpur ketika sambutan Hari Kebangsaan

“Sebelum ini kita tidak pernah jangka begitu ramai jumlah pengunjung jadi perkara yang berlaku ini jadi pengajaran dan DBKL akan cuba cari penyelesaian baharu dalam mesyuarat ‘post mortem’ untuk lihat semula segala aspek,” katanya ketika menghadiri malam apresiasi media di ibu kota pada Jumaat.

Sebahagian landskap yang rosak di kawasan sekitar Dataran Merdeka. – Foto DBKL

Selain isu kerosakan landskap, DBKL turut berdepan dengan cabaran taburan sampah sebaik sahaja selesai sambutan Hari Kebangsaan di beberapa kawasan terlibat.

Sebelum ini, DBKL turut menzahirkan kekesalan susulan kerosakan landskap yang dialami sewaktu sambutan tersebut yang turut memuat naik beberapa keping gambar.

Sambutan Hari Kebangsaan kali ini menerima sambutan yang agak luar biasa selepas dua tahun ia tidak disambut susulan pandemik COVID-19.

Kira-kira 100,000 pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat membanjiri lokasi sambutan yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’.AA

Hari Kebangsaan: DBKL Rugi RM700,000 Akibat Kerosakan Landskap

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker