Dong Zong jangan jadi kurang ajar – Veteran UMNO

Dong Zong jangan jadi kurang ajar – Veteran UMNO

Veteran UMNO kesal dengan sikap Dong Zong yang didakwa rakus dan biadab mendesak kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan memberi bantuan tetap tahunan kepada sekolah-sekolah persendirian Cina.

Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, desakan Dong Zong itu langsung tidak menghormati status kerajaan yang masih belum menubuhkan Kabinetnya.

“Memang benar Pakatan Harapan (PH) menjanjikan untuk mengiktiraf UEC sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Tapi Dong Zong keliru apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan dan bukannya kerajaan PH. Jadi janji PH dalam manifestonya tidak semestinya ditunaikan.

“Kalau pun Dong Zong tidak sabar untuk menuntut janji dari PH, tunggulah sehingga Kabinet ditubuhkan. Jangan jadi kurang ajar dan tiada adab,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini media melaporkan, Ketua Pegawai Eksekutif Dong Zong, Leong Seng Yee berkata, pihaknya akan bertemu Menteri Pendidikan yang baharu untuk mencadangkan supaya kerajaan mengiktiraf UEC.

Mustafa menambah, Veteran UMNO berharap Dong Zong berhenti mempolitikkan isu sekolah Cina dan pengiktirafan terhadap UEC.

Beliau mengingatkan negara ini mempunyai dasar pendidikan kebangsaan yang mesti dipatuhi oleh semua rakyat.

“Sikap seperti yang ditunjuk oleh Dong Zong itu menjadi penghalang kepada pencapaian dasar tersebut sekaligus menggagalkan hasrat kerajaan untuk mewujudkan penyatuan bangsa Malaysia melalui pendidikan,” jelasnya. MG

Dong Zong jangan jadi kurang ajar – Veteran UMNO


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker