Diskriminasi agama di India, pelajar berhijab dilarang ambil peperiksaan

Diskriminasi agama di India, pelajar berhijab dilarang ambil peperiksaan

Pelajar di Karnataka, India yang memperjuangkan hak untuk memakai tudung di sekolah tidak dapat menduduki semula peperiksaan sekolah menengah, ketika kemuncak bantahan mengenai perkara itu sebelum ini.

Ia sama ada kerana pada masa itu, mereka tidak dibenarkan masuk ke sekolah kerana memakai tudung atau mereka memboikot ujian untuk membantah peraturan, lapor The Independent.



Walaupun kerajaan sebelum ini membayangkan bahawa pelajar akan dibenarkan mengambil semula peperiksaan ini, pihak terbabit memutuskan untuk tidak berbuat demikian, menurut laporan media tempatan.

Menteri Pendidikan Karnataka BC Nagesh berkata, adalah mustahil untuk memberikan peluang kedua kepada pelajar yang terbabit dalam bantahan berkenaan, menurut The Times of India.

“Sekiranya kita membenarkan pelajar yang memboikot kerana tidak dibenarkan memakai tudung menduduki peperiksaan walaupun selepas mahkamah tinggi memberi perintah interim, maka pelajar lain akan datang dengan alasan lain dan mencari peluang kedua,” katanya. HM

Diskriminasi agama di India, pelajar berhijab dilarang ambil peperiksaan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


13 Negara Boleh Melancong Tanpa Perlu Kuarantin Ketika Pulang



Kerajaan sedang kaji mengapa ramai guru bersara awal

Ibu Terkejut Perut Anak Membesar, Rupanya Dirogol Sepupu Sendiri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker