Derhaka cakap suami, Watie rugi RM100,000

Isteri Shuib menjadi mangsa scammer pelaburan.

Derhaka cakap suami, Watie rugi RM100,000

Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah RM100,000.

Pemilik nama lengkap Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, itu mengakui mudah terpengaruh dengan tawaran keuntungan berlipat kali ganda sehingga terdorong menyertai satu skim pelaburan yang sebenarnya palsu.

Menurut ahli perniagaan itu, pada hari sama akaun Instagram yang turut digunakan bagi mempromosikan produk turut digantung, sekali gus mencetuskan kerungsingan berganda.

“Januari 2024 adalah permulaan tahun yang mencabar dari segi kesabaran mental dan emosi. Hari mummy (panggilan diri) nak terbang ke China, hari itu juga Instagram mummy kena gantung.

“Masa itu dekat otak runsing pasal kerja yang akan tertangguh sebab ada dua, tiga kontrak yang mummy baru tandatangani.

“Masa ini dah rasa mungkin Allah nak mummy tumpukan sepenuh perhatian pada keluarga, tiada sosial media sebab bila mummy sibuk, anak-anak mengeluh kenapa mummy tak dapat hantar dan ambil balik sekolah.

“Hari yang sama juga dapat berita dah kena scam RM100,000. Bayangkanlah perasaan nak kena terbang malam itu,” katanya dalam perkongsian Instagram.

Begitupun, akuinya, dia lebih memikirkan mengenai akaun laman sosial yang digantung, berbanding situasi sejumlah besar wang yang lebur di tangan penipu.

Enggan berlengah, Watie mengakui terus meminta maaf kepada Shuib yang sebelum itu pernah menasihatkannya lebih berwaspada apabila membabitkan pelaburan.

“Sebelum mummy terbang terus minta ampun dan maaf dekat daddy (Shuib). Ayat masa tu ‘Daddy, saya minta maaf tau kalau ada benda yang tak dengar nasihat daddy’

“Masa itu daddy terus tanya. ‘kenapa? Pelaburan dah hangus ke?’ Sebab itu saja benda yang mummy tak dengar cakap daddy, yang lain semua mummy dengar kata.

“Jadi, memang daddy dah dapat agak, biasalah perempuan. Bila ada pendapatan sendiri macam itulah. Mummy pula memang sejenis pantang dengar bab-bab melabur yang mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda.

“Sudahnya hari-hari kena perli dengan daddy. Daddy cakap ‘awak pergilah main kutu lagi’,” ujarnya.

Watie turut mengakui kesilapan sendiri yang mudah terpengaruh apabila mendengar tentang pelaburan, selain berjanji akan patuh dan lebih mendengar nasihat suaminya pada masa akan datang.

Insiden terbabit juga dikatakan memberi banyak pengajaran terutama lebih berhati-hati di masa hadapan.

“Tapi dekat situ mummy belajar, lain kali jangan derhaka cakap suami. Kalau suami kata tidak maksudnya tidak, jangan pujuk sampai dia terpaksa cakap iya.

“Enggan bagi daddy marah, mummy cakap dekat daddy ‘i reda sebab tahu Allah boleh bagi dan boleh ambil bila-bila Dia berkehendak. Siapa kita nak menangis,” luahnya lagi. K Online

Derhaka cakap suami, Watie rugi RM100,000

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu

Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin

Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah

Kedai coli ‘perangkap’ orang alim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker