Demo anti-Zahid pindah tempat, Kampung Bharu jadi ‘kambing hitam’

Perhimpunan di ibu negara bagi membantah keputusan keputusan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada kes rasuah tukar tempat lagi.

Penganjur hari ini mengumumkan lokasi baru di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Ini lokasi ketiga yang diumumkan selepas pengumuman awal Sabtu lalu, bahawa ia akan diadakan sekitar pusat beli-belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman dan Bukit Bintang.

“Sekretariat juga telah bersetuju bahawa gerakan ini akan dilancarkan menerusi satu Himpunan Aman Selamatkan Malaysia pada hari Sabtu, 16 September 2023, di Kampung Baru, Kuala Lumpur,” kata penganjur.

Dalam kenyataan hari ini, Gerakan Selamatkan Malaysia berkata sekretariat itu dibentuk hasil hasil gabungan parti politik, NGO dan beberapa individu.

Pihak-pihak itu tidak diumumkan.

Bagaimanapun setakat ini ia dijuarai oleh Perikatan Nasional (PN).

Sementara itu, penganjur berkata peserta akan bermula dengan solat zohor di Masjid Kampung Baru.

Sabtu lalu, Ketua Pemuda PN Ahmad Fadhli Shaari berkata sayap Pemuda PN akan menganjurkan perhimpunan di Kuala Lumpur pada Hari Malaysia, 16 September ini sebagai protes terhadap kes Zahid.

Dia mengumumkan himpunan itu akan diadakan di depan Sogo bertemakan pakaian putih dan membawa bendera Malaysia.

Bagaimanapun, kelmarin, Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selepas memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, berkata mereka akan berkumpul di Bukit Bintang.

“Ini bukan demonstrasi, tapi himpunan. Kami tidak akan ke jalan raya. Kita hanya berkumpul bersama bendera Malaysia.

“Kita beli kunafah, kebab, McDonald’s di sekitar kawasan Bukit Bintang,” katanya lagi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kak KM maki suami langgar kereta kesayangan? (Video)

Abah pilih dia ceraikan mak dan anak-anak sekali

Azhar Ali kembali ‘Scam’ jadi Perdana Fellow Di MITI?

Aisar Khaled payung ‘rider makanan’ motosikal baharu selepas motorsikal lama disita JPJ [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker