Dana politik BN, bekas KSN jelaskan maksud sebenar

Dasar kerajaan persekutuan dirangka berdasarkan dasar parti pemerintah, menurut bekas ketua setiausaha negara (KSN) Mohd Sidek Hassan.

Memberi keterangan dalam kes rasuah dana 1MDB RM2.28 bilion terhadap Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Sidek yang merupakan saksi pendakwaan ke-19 berkata mesyuarat kabinet disertai menteri daripada parti pemerintah.

Ketika pemeriksaan semula dengan timbalan pendakwa raya Gopal Sri Ram, Sidek berkata ia merupakan sebab dia mengandaikan 1MDB ditubuhkan untuk menyediakan dana politik kepada BN, yang merupakan gabungan pemerintah pada masa itu.

Semalam, dia yang merupakan bekas ahli lembaga penasihat 1MDB berkata mengikut pemahamannya, 1MDB ditubuhkan untuk dijadikan dana politik kepada BN.

Ketika Sri Ram bertanya tentang perbincangan kabinet BN pada masa itu berkaitan 1MDB, Sidek berkata projek yang dibincangkan adalah ntuk “menteri di kawasan mereka”, dan menambah “menteri-menteri ini adalah ahli BN”.

Sri Ram: Berkaitan isu Kod Etika berkenaan konflik kepentingan, apabila tertuduh iaitu Najib menganggotai Kabinet sebagai perdana menteri, berapa tanggungjawab yang dipegangnya?

Sidek: Dia perdana menteri dan menteri kewangan.

Sri Ram: Kabinet berkaitan dengan perbincangan dalam soal dasar kerajaan, betul?

Sidek: Ya, itulah fungsi Kabinet.

Sri Ram: Bukan tujuan Kabinet untuk membincangkan politik kepartian.

Sidek: Berkenaan dasar parti, saya penjawat awam yang sebenar-benarnya. Dasar kerajaan adalah dasar parti yang memegang kuasa, sama ada BN atau lain-lain.

“Maka dasar kerajaan dirangka daripada parti atau gabungan parti dalam kerajaan. Anda tak boleh pisahkan antara kedua-duanya,” kata Sidek lagi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anna Jobling trending ke luar negara

16 ciri terbaharu Apple yang anda perlu tahu

Rider ‘mat saleh’ persoal jalan raya Malaysia banyak lubang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker