Arul Kanda tuntut ganti rugi RM56.7 juta daripada 1MDB

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy, menuntut ganti rugi berjumlah RM56.7 juta daripada syarikat pelaburan strategik itu.

Dalam tuntutan balas difailkan pada 17 November lalu menerusi Tetuan Sanjay Mohan, Arul Kanda antara lain menuntut 1MDB membayar ganti rugi khas berjumlah RM54 juta, kehilangan pendapatan RM202,600, dan bonus berjumlah RM2.5 juta mengikut Perjanjian Pelanjutan Pekerjaan.

Arul Kanda memfailkan tuntutan balas itu selepas mendakwa Perjanjian Pelanjutan Pekerjaan beliau dibatalkan secara salah.



Beliau mendakwa, kontrak pekerjaannya tamat pada 31 Disember 2017 tetapi selepas perbincangan, Lembaga Pengarah 1MDB bersetuju melanjutkan kontraknya dan perjanjian baharu ditandatangani pada 23 Februari 2018.

Dakwanya lagi, mengikut perjanjian itu, 1MDB antara lain bersetuju melanjutkan kontraknya hingga 30 Jun 2018 dan akan dibayar bonus ex-gratia sebanyak RM5 juta, namun RM2.5 juta masih belum dibayar.

Beliau mendakwa, 1MDB juga bersetuju membayar gaji sebanyak RM101,300 sebulan hingga kontrak kerja baharunya tamat, yang mana gaji bagi Januari hingga April 2018 berjumlah RM405,200 sudah dibayar.

Bagaimanapun, Arul Kanda berkata, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng mengeluarkan beberapa kenyataan dengan antara lain mendakwa beliau tidak jujur serta tidak boleh dipercayai, yang disiarkan portal berita The Edge bertarikh 24 Mei 2018.



Susulan kenyataan itu, beliau mendakwa, 1MDB menamatkan perjanjian tanpa sebarang asas dan secara salah serta tiada siasatan bagi menunjukkan beliau bertindak bertentangan kepentingan syarikat.

Arul Kanda mendakwa, beliau juga tidak pernah diberikan notis atau peluang untuk membela diri sebelum ditamatkan kontrak.

Dakwanya lagi, penamatan perjanjian terbabit dilakukan atas arahan Guan Eng secara niat jahat (mala fide), dan ia dibuat oleh 1MDB bagi mengelak daripada membayar gaji Mei dan Jun 2018 serta baki bonus ex-gratia.

Malah, Arul Kanda mendakwa, 1MDB membuat beberapa tuduhan terhadapnya sedangkan beliau tidak terbabit dengan mana-mana transaksi yang berlaku sebelum dilantik memegang jawatan dalam syarikat itu.



Selain itu, dakwanya lagi, tindakan 1MDB menggunakan proses undang-undang melalui tuntutan sivil dan jenayah telah merosakkan reputasi serta menyebabkan beliau tidak dapat mencari pekerjaan alternatif.

Pada Mei 2021, Arul Kanda dan bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, disaman syarikat terbabit berhubung dakwaan melakukan pecah amanah dan konspirasi menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian berjumlah AS$1.83 bilion.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah

Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)



Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Amylea kini isteri abang Bomba



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker