Anwar bohong, berniat jahat – Muhyiddin

Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin menyifatkan dakwaan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bahawa kerajaan pimpinannya sebelum ini membelanjakan RM500 juta untuk iklan promosi dan publisiti sebagai pembohongan serta berniat jahat.

“Ingin saya tegaskan ini adalah suatu pembohongan kerana jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali di Dewan Rakyat pada 14 Februari 2023 menyatakan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional hanya membelanjakan RM181,752.20 untuk penjenamaan.

“Sedangkan Kerajaan Madani pimpinan Anwar yang tidak sampai setahun memerintah pada ketika itu berbelanja sebanyak RM489,216,” kata Ahli Parlimen Pagoh itu dalam satu Kenyataan hari ini.



Untuk rekod, Armizan dalam jawapannya tidak menyentuh mengenai inisiatif berkaitan Covid-19.

Semalam, Anwar memberitahu Dewan Rakyat semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan menteri bahawa kerajaan pimpinan Muhyiddin dan Ismail Sabri Yaakob membelanjakan RM500 juta untuk publisiti dan RM200 juta untuk kontrak pengiklanan antara 2020 hingga 2022.

“Sejak 2020 sehingga 2022, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM700 juta untuk iklan promosi dan publisiti. Ini bermakna sebanyak RM500 juta telah dibelanjakan semasa YB Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan selebihnya oleh YB Bera (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob),” kata Anwar.

Anwar berkata, kebanyakan perbelanjaan publisiti dibuat di bawah perbelanjaan Pejabat Perdana Menteri dengan jumlah yang besar disalurkan untuk mempromosikan kedua-dua perdana menteri itu.



Mengulas lanjut, Muhyiddin mendakwa kenyataan Anwar tidak munasabah dan bercanggah dengan kenyataan menteri di parlimen.

“Saya mentadbir negara ketika Covid-19 melanda. Seingat saya penggunaan papan iklan besar, televisyen dan radio pada masa itu adalah untuk menyampaikan pesanan-pesanan mengenai bahaya Covid-19, maklumat berkaitan Pakej Rangsangan Ekonomi dan bantuan untuk rakyat.

“Walaupun pada awal tahun ini iaitu 29 April lalu, Anwar berjanji “tidak akan membazirkan wang negara” dengan memasang papan iklan besar namun lihatlah hari ini, billboard gergasi Madani terpampang di merata-rata tempat, di mana-mana sahaja.

“Justeru kenyataan Anwar yang memetik sejumlah angka sebegitu besar kononnya dibelanjakan oleh Kerajaan pimpinan saya untuk tujuan promosi adalah satu tuduhan liar bagi memburuk-burukkan imej Perikatan Nasional di mata rakyat.



“Perbuatan menuduh secara semberono merupakan satu lagi episod pembohongan Anwar yang jelas berniat jahat,” ujarnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan

Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta



Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)

RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker