Akta 265 tidak terpakai untuk penjawat awam

Akta 265 tidak terpakai untuk penjawat awam

AKTA Kerja 1955 (Akta 265) yang memperuntukkan majikan sektor swasta perlu memberi hari kelepasan am berbayar sebanyak 11 hari setiap tahun, tidak terpakai kepada penjawat awam dan lain-lain golongan pekerja yang tidak tertakluk di bawah Jadual Pertama Akta 265.

Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan golongan pekerja di bawah Akta 265 adalah mereka yang bergaji RM2,000 ke bawah.

“Di bawah Akta 265 menyatakan daripada jumlah keseluruhan 11 hari tersebut, lima hari kelepasan am yang wajib diambil termasuklah Hari Wilayah Persekutuan oleh majikan yang tempat pekerjaannya terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Baki enam hari lain boleh dipilih daripada majikan dalam senarai hari kelepasan am sebagaimana Jadual Pertama Seksyen 3 Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369],”katanya.

Dalam Jadual Pertama tersebut, Tahun Baharu Cina merupakan hari kelepasan am iaitu sebanyak dua hari bagi negeri-negeri lain kecuali Kelantan dan Terengganu.

KSM berkata, pada tahun ini, kedua-dua hari kelepasan am ini bertindih pada 1 Feb.

“Seksyen 60D Akta 265 juga menyatakan bahawa sekiranya cuti umum tersebut jatuh pada hari yang sama, maka hari berikutnya adalah merupakan hari kelepasan am berbayar.

“Justeru, bagi pekerja di sektor swasta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, jika majikan memilih dan menyenaraikan Tahun Baharu Cina sebagai satu daripada hari kelepasan am syarikat, maka majikan adalah wajib memberikan cuti pada Khamis (3 Feb),” menurut kenyataan itu.

Ujar KSM, bagi majikan yang tidak menyenaraikan perayaan Tahun Baharu Cina sebagai hari kelepasan am yang diambil, majikan hanya perlu memberikan hari kelepasan am berbayar bagi Hari Wilayah.
E9

Akta 265 tidak terpakai untuk penjawat awam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker