Air Selangor: 6 kawasan di Shah Alam, Klang alami gangguan air malam ini

KUALA LUMPUR: Enam kawasan di wilayah Klang dan Shah Alam iaitu Seksyen 18, 19, 20, 23, 24, dan 25, akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual, ekoran kejadian paip pecah di Jalan Persiaran Jubli Perak di Seksyen 24 Shah Alam, hari ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Elina Baseri dalam satu kenyataan hari ini berkata, bekalan air akan ditutup pada 10.30 malam ini bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut, dan dijangka siap pada 8 pagi esok.

“Bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka pulih sepenuhnya pada 12 tengah hari 14 Disember. Para pengguna akan menerima bekalan air secara berperingkat mengikut jarak premis dan tekanan air, apabila bekalan air mula disalurkan setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan,” katanya.

Bekalan air ke 7 daerah di Lembah Klang terganggu kerana pencemaran

Elina berkata, Air Selangor akan menggerakkan lori-lori tangki bagi pengguna yang terjejas sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Twitter dan Instagram, serta aplikasi Air Selangor di laman sesawang kami di www.airselangor.com.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker