Ahmad Razif berjaya lakukan kemunculan semula, menang Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus

Ahmad Razif berjaya lakukan kemunculan semula, menang Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus

KUALA NERUS: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Razif Abdul Rahman berjaya melakukan kemunculan semula selepas memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus pada pemilihan UMNO bahagian itu, hari ini.

Ahmad Razif, 58, memenangi kerusi tersebut selepas menewas penyandangnya, Apli Yusoff selepas mendapat 479 undi.

Sementara itu, Apli yang merupakan Bekas Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memegang jawatan itu pada pemilihan 2018 lalu pula memperoleh 349 undi.

Ahmad Razif yang dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu pada tahun 2014 hingga 2018 pernah dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian itu dari tahun 2013 hingga 2018.

Dalam pada itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Pasu, Datuk Rahim Md. Said pula memenangi jawatan Timbalan Ketua Bahagian selepas mengumpul 376 undi menewaskan Mustafa ismail (329 undi) dan Ir. Mohd. Yasin Abdul Ghani (113 undi). Utusan

Ahmad Razif berjaya lakukan kemunculan semula, menang Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker