Ahmad Maslan, 33 yang lain gagal batal notis kompaun terima ‘duit 1MDB’

Ahmad Maslan, 33 yang lain gagal batal notis kompaun terima ‘duit 1MDB’

Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan dan 33 individu lain sekali lagi gagal mendapatkan kebenaran semakan kehakiman untuk membatalkan notis kompaun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tuduhan menerima dana daripada 1MDB.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Suraya Othman berkata, cabaran mereka terhadap notis itu melalui prosiding sivil sebenarnya ditujukan kepada Peguam Negara, yang juga pendakwa raya.

“Sebelum SPRM menawarkan kompaun bawah Seksyen 92(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, keizinan pendakwa raya mesti diperoleh,” katanya ketika menolak rayuan.

Suraya berkata, selepas notis disampaikan, perayu boleh memutuskan sama ada untuk menerima atau menolaknya.

Katanya, pendakwaan tidak dapat dimulakan jika mereka menerima notis itu. Jika mereka menolaknya, pendakwa raya boleh memulakan pendakwaan yang akan membawa tuduhan terhadap mereka.

Suraya, yang bersidang bersama Darryl Goon Siew Chye dan Mariana Yahya, berkata undang-undang lazimnya adalah kuasa pendakwa raya untuk mendakwa sesiapa sahaja boleh digunakannya pada bila-bila masa.

“Dalam rayuan semasa, tiada tuduhan dikenakan terhadap mereka. Di peringkat ini, kami berpandangan terlalu awal bagi mereka untuk mencabar kuasa pendakwa raya dalam menggunakan budi bicaranya membenarkan SPRM mengeluarkan notis kompaun,” katanya.

Notis hanya boleh dicabar jika mereka telah dituduh.

Pada 26 Feb tahun lalu, hakim Mahkamah Tinggi, Nordin Hassan mengetepikan permohonan kebenaran kerana mereka tidak mempunyai sebarang kes prima facie yang dapat dihujahkan.

Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Latheefa Koya, dinamakan sebagai responden.

Individu lain dalam rayuan bersama itu termasuk bekas Ahli Parlimen Johor Bahru, Shahrir Abdul Samad, dan ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Sumali Reduan.

Mereka memohon pengisytiharan bahawa keputusan dan tindakan responden mengeluarkan kompaun kepada mereka bersifat ultra vires, tidak sah dan dibatalkan, selain tidak dapat dilaksanakan.

Mereka juga memohon agar keputusan dan tindakan Latheefa mengeluarkan kompaun dibatalkan, selain memohon perintah untuk menghalang SPRM menguatkuasakan kompaun itu atau meneruskan pendakwaan terhadap mereka.

Latheefa berkata pada sidang media, SPRM telah mengeluarkan notis kompaun kepada 80 individu dan entiti kerana menerima RM420 juta yang dipercayai berasal daripada 1MDB.

Peguam Mohamed Shahrul Fazli Kamarulzaman mewakili perayu sementara Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly bertindak bagi pihak Peguam Negara dan SPRM. FMT

Ahmad Maslan, 33 yang lain gagal batal notis kompaun terima ‘duit 1MDB’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siang kutip sampah malam jadi perogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker