Adun DAP, Amanah tidak tahu menahu, siapa jual tanah lapangan terbang zaman PH?

Adun Keranji, Chong Zhemin menggesa Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri Perak (PAC) untuk menyiasat penjualan tanah negeri yang telah diperuntukkan bagi pembangunan lapangan terbang.

Chong, yang merupakan ahli PAC Perak, berkata jawatankuasa itu perlu mendedahkan punca penjualan itu.

“Saya rasa terkejut dan tidak percaya bekas exco Perak dan Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) Asmuni Awi mendedahkan penjualan tanah lapangan terbang di Seri Iskandar tidak pernah dibincangkan semasa mesyuarat exco negeri mahupun mesyuarat lembaga pengarah PKNP.

“Bagaimana penjualan tanah PKNP boleh berlaku tanpa kelulusan lembaga PKNP? Ini menimbulkan kemungkinan penjualan tanah itu mungkin tidak mengikut prosedur dan kebenaran yang sepatutnya,” katanya.

Jumaat lalu, Menteri Besar Perak Saarani Mohamad berkata tanah yang dikhaskan untuk PKNP milik kerajaan negeri bagi pembangunan lapangan terbang antarabangsa itu telah dijual kepada syarikat swasta.

Dia berkata penjualan itu berlaku semasa pentadbiran Pakatan Harapan, yang mengambil alih kerajaan negeri dari 2018 hingga 2020.

Bagaimanapun, Asmuni, yang merupakan pimpinan kerajaan Perak ketika PH berkuasa berkata, jualan tanah itu tidak pernah dibincangkan.

ADUN Aulong, Nga Kor Ming mendakwa tanah itu dijual tanpa kebenaran kerajaan negeri dan menyalahkan perkara itu kepada “individu yang tidak bertanggungjawab”.

Dia menyifatkan ia sebagai salah laku serius dan meminta keadilan ditegakkan tanpa mendedahkan nama individu berkenaan.

Chong berkata, selepas tanah itu dipastikan sebagai tapak pembinaaan lapangan terbang antarabangsa, kerajaan Perak sepatutnya segera mewartakannya dan mengenakan kaveat bagi mengelakkan ia dijual atau dipindahkan.

“Saya menggesa Saarani segera mengarahkan PBT untuk menangguhkan arahan pembangunan dan menggantung semua pembangunan di tanah tersebut sehingga pihak berkuasa menyelesaikan siasatan sama ada penjualan tanah itu telah melalui prosedur dan kebenaran yang sepatutnya,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker