Keberkatan Palestin – Bhg 2

Palestin, bumi perjuangan umat Islam sepanjang zaman

Keberkatan Palestin – Bhg 2

Berbalik merungkaikan Palestin sebagai bumi barakah, apa yang berlaku di Palestin sehingga hari ini adalah sesuatu yang telah ditentukan Allah sejak dahulu lagi. Umat Islam harus yakin bahawa apa yang berlaku itu ialah qada’ dan qadar Allah untuk menjadikan Palestin sebagai bumi perjuangan umat Islam sepanjang zaman.

Hal ini bersandarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. Muawiyah bin Abi Sufyan berkata, saya mendengar Rasulullah s.a.w. berkata,



“Sentiasa akan ada sekelompok daripada umatku yang menegakkan agama Allah, orang-orang yang memusuhi mereka dan tidak mahu menyokong mereka sama sekali tidak akan mampu menimpakan bahaya terhadap mereka. Demikianlah keadaannya hingga akhirnya datang urusan Allah.”

Artikel berkaitan: Siri 1 disebabkan keberkatannya siapa menguasai Palestin dia menguasai dunia

Malik bin Yakhamir menyahut: Muadz bin Jabal mengatakan bahawa mereka berada di Syam. Muawiyah berkata,

“Lihatlah, ini Malik menyebutkan bahawa dia telah mendengar Muadz bin Jabal mengatakan bahawa kumpulan tersebut berada di Syam.”



Menjelaskan negeri Syam yang disebutkan dalam hadis berkenaan merujuk negara Palestin. Hal ini sebagaimana yang disebutkan oleh Umamah apabila berkata,

“Akan sentiasa ada sekelompok umatku yang berada di atas kebenaran, mengalahkan musuh-musuhnya, dan orang-orang yang memusuhi mereka tidak akan mampu menimpakan bahaya kepada mereka kecuali sedikit musibah semata. Demikianlah keadaannya hingga akhirnya datang urusan Allah”. Maka para sahabat bertanya,

“Di manakah mereka?” Jawab Rasulullah, “Di Baitul Maqdis.”.

Disebabkan keberkatannya “siapa menguasai Palestin dia menguasai dunia” – Bhg 1



Bumi Hijrah umat Islam

Dalam masa yang sama, keberkatan Palestin itu juga dilihat apabila diangkat sebagai bumi hijrah umat Islam di akhir zaman. Hal ini bersandarkan hadis daripadaAbdullah bin Amru bin Ash berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,

“Akan terjadi hijrah sesudah hijrah, maka sebaik-baik penduduk bumi adalah orang-orang yang mendiami tempat hijrah Ibrahim, lalu yang tersisa di muka bumi hanyalah orang-orang yang jahat. Bumi menolak mereka, Allah menganggap mereka kotor, dan api akan menggiring mereka bersama para kera dan babi.”



Selain itu, jika merujuk pada riwayat yang menyebutkan penaklukan kaum Muslimin di akhir zaman, kemungkinan tegaknya khilafah di bumi Baitulmuqaddis itu terjadi di zaman al-Mahdi.

Sebagaimana disebutkan dalam banyak riwayat, bahawa di masa al-Mahdi kelak Dajjal akan dikalahkan, dan tempat terbunuhnya Dajjal sendiri berada di Bab Ludd-Palestina. Setelah tewasnya Dajjal di tangan nabi Isa a.s. maka kaum Muslimin terus memburu Yahudi di mana pun mereka bersembunyi.

Setiap benda, baik pohon, batu mahupun lainnya akan berbicara dan memberitahukan keberadaan Yahudi yang bersembunyi. Hanya satu jenis pohon yang akan diam dan melindungi Yahudi, iaitu pohon Gharqad, sesungguhnya ia termasuk salah satu daripada pohon Yahudi. Wallahu a’lam Utv

Keberkatan Palestin – Bhg 2



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein



Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa

Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha

Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker