Jangan kebas hati ayam, berniaga biar ikhlas

Jangan kebas hati ayam, berniaga biar ikhlas

Tindakan segelintir peniaga yang mengambil untung atas angin kerana menjual semula bahagian hati, pedal, kaki dan tongkeng ayam tanpa kebenaran dianggap tidak beretika.

Seorang peniaga di Pasar Awam Masjid Tanah, Melaka, Asrul Nizam Mohd. Noor, 40, berkata, pelanggan berhak mendapat semua organ dalaman berkenaan dan peniaga wajar memohon izin pengguna untuk menjual atau bersedekah bahagian tersebut.



“Tindakan tidak jujur ini ke­rana mahu mendapat untung dengan cara yang mudah. Harga kaki ayam ketika ini RM3 sekilogram, hati dan pedal RM5 sekilogram, sementara tongkeng RM8 sekilogram.

“Contohnya, peniaga mendapat untung RM6 jika menjual dua kilogram (kg) kaki ayam. Jika bergantung kepada jualan ayam sahaja, mereka perlu menjual sekurang-kurangnya lima ekor untuk mendapat keuntungan yang sama,” katanya ketika ditemui semalam.

Sementara itu, seorang pengguna, Nik Nur Syazwani Ibrahim, 31, berkata, dia pernah membeli ayam tanpa diberikan bahagian pedal dan hati, sedang­kan dirinya tidak pernah memberitahu bahawa dia tidak mahu bahagian tersebut.

“Untung tepi ini seolah-olah mahu mengambil kesempatan atas harga ayam yang semakin mahal ketika ini. Itu belum lagi caj upah potong ayam.



“Bagi saya, pelanggan perlu bijak dengan memantau proses pemotongan ayam dan periksa setiap bahagian yang diberikan,” ujarnya.

Berita berkaitan: Haram jual bahagian ayam tanpa kebenaran

Berbeza pandangan, suri rumah, Ceceila Amanda, 35, yang memberitahu, rata-rata peniaga akan bertanya terlebih dahulu sama ada dirinya mahu atau sebaliknya sebelum membuat bayaran.

“Saya kebiasaannya akan ambil semua dan kadangkala, saya juga beli hati ayam sebab anak-anak suka dan harga pun murah, RM5 untuk satu kg.



“Pada pendapat saya, isu jual balik bahagian ayam tidak menjadi permasalahan jika ia mendapat kebenaran daripada pembeli,” jelasnya.

Tambah Ceceila, terdapat segelintir penjual yang tidak bertanya sama ada pelanggan mahu bahagaian dalaman dan hal berkenaan yang sepatutnya menjadi isu kerana ia seperti meragut hak sebagai pembeli.

Sementara itu, seorang pelanggan yang membeli ayam proses, Zainuin Hussin, 57, berkata dia tidak pernah mengambil bahagian ayam seperti kaki, tongkeng, hati dan pedal kerana keluarganya tidak makan bahagian itu.

Menurutnya, kebiasaannya semasa membeli ayam pro­ses, dia akan memberitahu peniaga untuk sedekahkan bahagian berkenaan kepada pe­langgan lain.



“Ada juga peniaga me­minta izin daripada saya untuk sedekahkan bahagian itu kepada pelanggan lain,” katanya. K Online

Jangan kebas hati ayam, berniaga biar ikhlas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




‘Saya dah beri banyak peluru, guna untuk serang mereka

Mahathir minta pertolongan saya – Ku Nan



Tsunami politik sudah berakhir tiba masa BN bangkit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker