Anak Sulung Harris Annuar & Asha Merican, Aura Medina Namanya

Comelnya! MasyaAllah Mata Mahal

Anak Sulung Harris Annuar & Asha Merican, Aura Medina Namanya

Anak Sulung Harris Annuar & Asha Merican, Aura Medina Namanya
Comelnya! MasyaAllah Mata Mahal

Pasangan pelakon Harris Annuar dan Asha Merican akhirnya mendedahkan wajah anak sulung mereka, Aura Medina kepada umum baru-baru ini.

Kecomelan puteri sulung pasangan itu dipuji lebih-lebih lagi warna matanya yang kelihatan seperti coklat jernih (hazel) yang dikatakan ‘mahal’ oleh netizen.

Malah, Harris secara berseloroh turut mengatakan anaknya itu seperti orang Turki disebabkan rupa parasnya yang kelihatan seperti orang dari sana.



“Makcik Turki nak keluar berjalan.  Ini dia makcik Turki.  Makcik jual karipap ke? Comelnya,” seloroh Harris menerusi video yang dikongsikan laman Instagram miliknya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat memuji kecomelan anak pasangan ini yang dilahirkan pada 26 Mac lalu.


Baca Artikel Menarik:

Amelia Christie rangkul lengan sasa Sharnaaz Ahmad




“MasyaAllah mata mahal.

“Dia punya mata another level, cantik gila.

“MasyaAllah cantiknya mata awak Aura.  Semoga cantik dan sihat selalu.

“Geramnya, comelnya dia.



“Budak ni ke yang suka bau simen dan dinding tu,” komen beberapa netizen.

Untuk info, Harris dan Asha berkahwin pada 11 Jun tahun lalu selepas empat tahun bercinta.

Sepanjang kehamilannya, Asha pernah mengidam benda-benda pelik seperti bermain lato-lato dan menghidu bau simen dinding.

Anak Sulung Harris Annuar & Asha Merican, Aura Medina Namanya


Baca Artikel Menarik:

Isteri Virgoun buka purdah



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker