Bila Tun Mahathir Berbicara, Impian Pakatan Rakyat Musnah.

Apakah Malaysia akan terjerumus kedalam lembah kekecohan agama dan kaum sekiranya Pakatan Rakyat memerintah nanti? Itulah persoalan utama yang akan terus menjadi tanda tanya di minda para pengundi di Malaysia. Sekiranya perkara ini berlaku, sanggupkah rakyat Malaysia yang selama ini sudah dimanjakan dengan pelbagai kemudahan, berani untuk hidup di dalam keadaan darurat? Sanggupkah risiko diambil oleh rakyat Malaysia, hanya kerana mereka ingin menikmati janji-janji palsu yang telah ditabur berkoyan-koyan oleh agen-agen Pakatan Rakyat?

Read more

Ketua Pembangkang Boleh Menjadi Penulis Skrip Filem Yang Hebat

Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang tokoh yang suka bercerita tentang teori-teori konspirasi, dari teori pemecatan beliau sehinggalah kematian Altantunya dan Teoh Beng Hock, mulutnya sentiasa berzikir konspirasi. Pentas-pentas ceramah Pakatan Rakyat pula dijadikan tempat beliau untuk bersuluk bersama pengikut-pengikut taksub beliau yang lain. Bagi yang tidak mempunyai kapasiti untuk berfikir secara logikal, zikir-zikir konspirasi ini dijadikan sebagai pelindung sekiranya pengikut-pengikut Datuk Seri Anwar Ibrahim ini disergah nakal oleh ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional.

Read more