Baling banjir lagi, loji rawatan air P Pinang dalam keadaan berjaga-jaga

Baling banjir lagi, loji rawatan air P Pinang dalam keadaan berjaga-jaga

Pulau Pinang meletakkan loji rawatan air utamanya di Butterworth dalam keadaan berjaga-jaga selepas air berlumpur daripada banjir yang melanda Baling semalam berisiko mengganggu bekalan air di negeri itu semula.

Hujan tanpa henti di Baling sejak 2 petang semalam menyebabkan air melimpah ke atas jambatan Bailey yang baru dibina di Kampung Iboi.

Banjir itu memaksa tujuh keluarga dipindahkan, kata pihak berkuasa penyelamat kepada Bernama.

Hampir 80% bekalan air di Pulau Pinang diperolehi dari Sungai Muda, yang mengalir dari dua sungai lain di hulu Baling.

Ketika Baling dilanda banjir awal bulan ini, bekalan air ke Pulau Pinang terjejas sekurang-kurangnya tiga hari.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam kenyataan berkata, paras unit kekeruhan nephelometric (NTU) – ukuran standard kekeruhan bekalan air mentah – kekal pada bacaan biasa 261.

Ketika banjir melanda Baling sebelum ini, yang menyebabkan gangguan bekalan air besar-besaran di seluruh Pulau Pinang, paras NTU mencecah 3,000.

Walaupun keadaan itu normal buat masa ini, PBAPP berkata, ia bersedia melaksanakan langkah kecemasan di loji rawatan air utamanya di Butterworth. FMT

Baling banjir lagi, loji rawatan air P Pinang dalam keadaan berjaga-jaga


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!

Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah

Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker