Isu Ayam: Bekalan Terhad, Harga Sekilo Ayam Segar Cecah RM12 Di Lembah Klang

Isu Ayam: Bekalan Terhad, Harga Sekilo Ayam Segar Cecah RM12 Di Lembah Klang

SERI KEMBANGAN: Isu kekurangan ayam segar di pasar-pasar utama sejak beberapa hari lalu membelenggu rakyat Malaysia terutamanya peniaga.

Tinjauan Astro AWANI di Pasar Borong Selangor di sini pada Sabtu mendapati harga ayam naik sehingga RM12 sekilogram berbanding RM9 sekilogram, sebelum ini.

Seorang peniaga ayam, Robaya Amir, 64, berkata, stok ayam daripada pembekal menurun sehingga 50 peratus sejak beberapa hari yang lalu.

“Jadi saya terpaksa ‘jaga’ pelanggan tetap, mereka yang walk-in tidak akan dilayan melainkan kita jual ayam dara,” katanya ketika ditemui di sini, pada Sabtu.

Menurutnya, bekalan bekalan ayam yang diterima daripada pemborong hanyalah 3,000 ekor, berbanding lebih 7,000 ekor pada kebiasaan.

“Saya terpaksa mengutamakan pelanggan tetap termasuk kedai-kedai, bagi mereka yang datang terus kalau beli seekor atau dua (ekor), mungkin boleh. Lebih daripada itu susah sikit,” ujarnya.

Bagi Siti Azura Zolkefli, 38, pula, isu ini bukanlah sesuatu yang baharu, malah peniaga berdepan dengan situasi ini sejak beberapa bulan yang lalu dan meruncing selepas Hari Raya Aidilfitri lalu.

“Sekarang kalau kita minta dalam 1,400 ekor ayam (daripada pembekal), kita hanya dapat kira-kira 800 ekor.

“Tambah-tambah ramai yang buat rumah terbuka, jadi permintaan tinggi, kita terpaksa bekalkan kepada mereka dan juga kantin sekolah yang merupakan pelanggan tetap kami, ini menyebabkan bekalan ayam tidak mencukupi,” katanya.

Sementara itu, seorang peniaga kedai ayam penyet di Sri Petaling, Admidah Nahuri, 38, berkata, jika harga ayam terus kekal pada kadar semasa, dia tiada pilihan lain selain menaikkan harga makanan di kedainya.

“Saya betuk-betul terkejut bila dengar harga. Sebelum ini saya beli pada harga RM8 lebih, tapi tadi saya tanya jadi RM12 sekilogram pula.

“Saya ini peniaga ayam penyet. Saya yang peniaga ini, ayam merupakan menu utama, memang terasa kesannya,” ujarnya.

Seorang lagi pelanggan, Mohd Mahizam Mohd Sulan, 42, pula berkata, dia datang ke pasar untuk membeli 10 ekor ayam segar bagi jamuan rumah terbuka Aidilfitri malam ini.

“Melihat pada harga, mungkin saya akan kurangkan atau beli bahan makanan yang lain,” jelasnya.

Sebelum ini, Persatuan Penternak Ayam Negeri Selangor (PPANS) mengesahkan tiada pengeluaran ayam dari ladang pada Sabtu, yang disebabkan isu bekalan berpunca ayam sakit.-AA

Isu Ayam: Bekalan Terhad, Harga Sekilo Ayam Segar Cecah RM12 Di Lembah Klang

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker