Lebih 1000 kanak-kanak bawah 12 tahun positif Covid-19 di Kelantan

Lebih 1000 kanak-kanak bawah 12 tahun positif Covid-19 di Kelantan

Lebih 1000 kanak-kanak bawah 12 tahun positif Covid-19 di Kelantan. Exco Kelantan, Izani Husin berkata, seramai 1,078 atau 18% daripada 5,921 pesakit Covid-19 di negeri itu terdiri daripada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan itu berkata, perkembangan itu membimbangkan dengan antara daerah mencatatkan kes banyak ialah Kota Bharu dengan 517 kes, diikuti Pasir Mas (132) serta Tumpat (120).

“Orang ramai diminta mematuhi SOP dan tidak membawa anak ke tempat awam. Kita juga menasihati ibu bapa yang pulang ke rumah selepas berurusan di luar supaya membersihkan diri sebelum menyentuh atau berinteraksi dengan anak mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Selasa lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, jangkitan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak dan bayi membimbangkan kerana mereka antara golongan berisiko dijangkiti virus itu selepas warga emas.

Dalam pada itu, Izani menerusi Facebook berkata, Kelantan merekodkan 754 kes baharu hari ini, menjadikan keseluruhan 24,723 kes dengan empat kluster baharu.
FMT

Meskipun Sela­ngor ‘juara’ dari segi bilangan jangkitan Covid-19 di negara ini dengan lebih 1,000 kes sehari, situasi sebenar pandemik tersebut semakin memburuk dan lebih kritikal di Kelantan.

Perkara itu diukur berdasarkan kadar kebolehjangkitan (Rt) harian negeri ini yang direkodkan paling tinggi di Malaysia, serta melepasi bacaan pering­kat nasional selama 14 hari berturut-turut.

Lebih 1000 kanak-kanak bawah 12 tahun positif Covid-19 di Kelantan


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Kanak-kanak maut ditinggalkan dalam kereta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker