Pengedar dadah rempuh polis mati ditembak

Pengedar dadah rempuh polis mati ditembak

LAHAD DATU – Seorang pengedar dadah maut terkena tembakan selepas bertindak agresif merempuh polis dan cuba melarikan diri daripada pemeriksaan Op Tapis dalam kejadian di tepi jalan Kawasan Industri Berkelompok Kelapa Sawit (POIC) Fasa 2 di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu, suspek berusia 28 tahun memandu kereta jenis Perodua Viva turut membawa dadah jenis syabu sebanyak 7.45 gram serta parang samurai.



Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, sepasukan pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri selepas dilanggar suspek ketika menjalankan operasi berkenaan.

“Bertindak atas maklumat aktiviti pengedaran dadah, semasa sepasukan polis hendak menahan sebuah kereta yang dinaiki suspek, secara tiba-tiba suspek bertindak mengundurkan kenderaannya dengan agresif dan merempuh salah seorang anggota polis.

“Suspek juga membuat ‘u-turn’ sebelum memecutkan kenderaannya dalam pergerakan melawan arus serta merempuh seorang lagi anggota serbuan yang cuba menghalang suspek, namun dalam masa sama anggota terbabit sempat melepaskan tembakan ke arah suspek bagi mempertahankan diri sebelum dilanggar,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya lagi, suspek kemudian cuba memecutkan kenderaannya untuk melarikan diri, namun terbabas pada jarak sejauh 400 meter dari lokasi kejadian.



“Pemeriksaan lanjut mendapati suspek sudah tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Hasil semakan lanjut mendapati suspek mempunyai lima rekod kesalahan lampau melibatkan pelbagai kesalahan narkotik dan merupakan orang dikehendaki bagi kes jenayah komersil dan hasil pemeriksaan juga menemui syabu bernilai RM1,490 serta samurai turut dirampas,” katanya.

Rohan Shah berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar syabu. Sinar

Pengedar dadah rempuh polis mati ditembak



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker