11 maut, berpuluh cedera disambar petir

DHAKA – Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera disambar petir di Bangladesh sejak dua hari lepas, menurut laporan pada Jumaat.

Kejadian terbaharu dilaporkan di daerah barat daya Khulna yang meragut nyawa dua beradik manakala sembilan lagi kematian dilaporkan pada Khamis di daerah utara Sirajganj.

Kekerapan kematian akibat disambar petir telah mencetuskan kebimbangan.

“Kami bimbang nak keluar rumah kalau hujan atau cuaca ribut sebab takut petir,” kata Md Rashedul Islam, penduduk kawasan Mirpur, di Dhaka kepada Agensi Anadolu.

Beliau berkata, penduduk akan naik ke bumbung ketika hujan untuk mandi dan bermain hujan, tetapi sekarang aktiviti itu jarang dilihat.

Menurut rekod Kementerian Pengurusan Bencana dan Bantuan, lebih 3,000 terbunuh akibat disambar petir di Bangladesh sejak 2011.

Sekurang-kurangnya 362 orang terbunuh pada 2021, pada Jun sahaja 31 mangsa maut.

Data menunjukkan hampir 70 peratus kematian direkodkan di negara yang terjejas akibat perubahan iklim antara April dan Jun.

Pencinta alam sekitar berkata, penanaman pokok secara besar-besaran di negara itu sangat berkesan membantu melindungi warga Bangladesh daripada panahan petir di samping langkah pencegahan lain. – Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin

Mahathir tak pernah ‘move on’ dari UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker