Noh mungkin sertai PN, tapi bukan KJ

Noh mungkin sertai PN, tapi bukan KJ

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Noh Omar lebih berkemungkinan menyertai Perikatan Nasional (PN) berbanding Pakatan Harapan (PH), sekali gus menguatkan gabungan pembangkang di Selangor menjelang PRN, kata penganalisis.

Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura bagaimanapun berkata, bekas rakan seperjuangan Noh, Khairy Jamaluddin, yang turut dipecat Umno, mungkin tidak akan mengambil langkah sama.



“Noh merupakan ‘warlord’ tradisional Umno. Gaya dan kepercayaannya tidak bersesuaian dengan imej reformasi PH, jadi saya tidak melihat beliau akan menyertai mereka,” katanya kepada FMT.

“Saya fikir beliau lebih sesuai bersama PN, selain sudah membina pangkalan di Selangor. Sebagai ‘warlord’ tempatan, beliau bersama penyokongnya mudah bergerak ke platform baharu.”

Beliau berkata, Khairy yang juga bekas ketua Pemuda Umno pula “bintang politik” yang disukai pengundi bukan penyokong PN, justeru langkah menyertai gabungan diterajui Bersatu dan PAS dilihat bukan pilihan tepat.

“Beliau berkembang dengan aura progresif dan reformis. Ini tidak sejajar dengan pandangan PN yang regresif dan konservatif,” katanya.



“Walaupun popular dalam kalangan masyarakat yang tidak sehaluan dengan PN, Khairy tidak digemari pemimpin parti lain kerana beliau mungkin mampu mengatasi mereka. Itulah dilema Khairy.”

Oh berkata, Khairy mungkin akan menubuhkan parti politik baharu bersama pihak berpandangan sama dengannya yang turut terpinggir.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid daripada Universiti Sains Malaysia juga melihat Noh besar kemungkinan akan menyertai PN.

“Beliau mungkin dinamakan sebagai calon menteri besar Selangor sekiranya PN berjaya merampas negeri itu daripada PH,” katanya.



Bagi Khairy pula, laluannya sukar dijangka, kata Fauzi.

Katanya, walaupun kecenderungan politik Khairy lebih menghampiri PH, menyertai gabungan itu akan membayangi hubungan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, meskipun Khairy dipecat, itu bukan pengakhiran perjalanan politiknya dalam Umno.

“Saya yakin Khairy mempunyai sokongan dalam kalangan generasi muda Umno. Beliau boleh menunggu sehingga penggal Zahid sebagai presiden tamat,” katanya.



“Kemudian (beliau mungkin) merancang kembali semula jika pengganti Zahid kelak sedar Khairy mampu menyumbang undi dan menjadi pemimpin masa hadapan Umno.”

Noh dan Khairy dipecat Umno minggu lepas kerana melanggar disiplin parti pada PRU15. FMT

Noh mungkin sertai PN, tapi bukan KJ

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khairy dilamar jadi DJ radio bersama Fara Fauzana, Johan

Pekerja seks gatal jalin hubungan sulit dengan suami ditampar isteri



Muka deejay wanita melecur silap tembak meriam konfeti [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker