Rora perli Aswaja, Zahiman bangkit bidas

Dua kelompok Islam berpengaruh di Malaysia saling berkelahi mulut dalam isu agama dan penjagaan mualaf cilik melibatkan anak-anak ibu tunggal Loh Siew Hong.

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Zamihan Mat Zin hari ini meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan Rektor Kolej Universiti Islam Perlis, Rozaimi Ramle berhubung isu solidariti dalam “mempertahankan akidah” mereka.

Sebagai membalas hantaran dalam Facebooknya, Zamihan berkata aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh Aswaja tidak semestinya perlu dilaporkan kepada pendakwah tersebut.

“Anda fikir semua aktiviti Aswaja tu perlu dilapor kepada anda? Anda penaung Aswaja?

“Sebenarnya Aswaja salah satu komponen NGO yang bersatu di bawah Pembela (Pertubuhan Pembela Islam). Kami dah lama bekerjasama.

“Hanya si jahil seperti anda saja yang masih skeptikal. Jadi nak majukan poster Pembela itu kajilah fakta sikit. Jangan bengap sangat Pak Ustaz ya!” tulis Zamihan di media sosialnya.

Hantaran itu hadir selepas Rozaimi berkongsi poster kumpulan pendesak Gerakan Pembela Ummah (Ummah) yang menjemput orang ramai bersolidariti untuk tiga kanak-kanak itu di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.

“Selamat bersolidariti bagi yang mampu hadir. Ramai juga bertanya di mana Aswaja dalam isu ini. Saya tidak ada jawapan dan tidak tahu.

“Mungkin kena labelkan penentang keislaman budak itu wahabi dulu kot baru mereka lantang bersuara,” katanya sinis.

Kumpulan Islam bimbang tiga kanak-kanak itu kembali ke agama asal selepas tinggal bersama ibu mereka.

Terdahulu, Loh berjaya dalam cabaran undang-undangnya untuk membatalkan penahanan tidak sah tiga anaknya yang diislamkan sepihak oleh ayah mereka.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan habeas corpus oleh Loh terhadap Jabatan Kebajikan Masyarakat dan seorang ustazah yang menjaga kanak-kanak itu pada satu ketika.

Sebelum ini, tiga anaknya itu diletakkan bawah jagaan JKM Perlis sementara menunggu perbicaraan permohonan habeas corpus hari ini.

Loh sebelum ini dilaporkan memfailkan tindakan mahkamah berasingan bagi membatalkan pertukaran agama anak-anaknya.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar

Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)

https://mykmu.net/2022/02/20/ogy-belasah-nazief-viral-sehingga-ke-rusia-video/​

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker