Gagal buka jeriji, empat sekeluarga mati dalam kebakaran [VIDEO]

PENAMPANG – Empat sekeluarga yang terkorban dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Hungap, di sini awal pagi Selasa dipercayai gagal membuka mangga kunci di jeriji kecemasan pada tingkap untuk menyelamatkan diri.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Md Ali Ismail berkata, tiga mayat mangsa ditemukan di bilik tingkat atas berhampiran tingkap manakala seorang lagi mangsa ditemukan dalam bilik air berhampiran bilik berkenaan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kebakaran itu dipercayai bermula dari tingkat bawah rumah tersebut bagaimanapun siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kebakaran.

“Keempat-empat mangsa berkenaan dipercayai sedar kebakaran itu, namun mangsa gagal untuk menyelamatkan diri kerana tidak dapat membuka mangga yang dipasang pada jeriji berkenaan.

“Apabila dalam keadaan panik, besar kemungkinan mangsa akan lupa di mana meletakkan kunci untuk membuka jeriji kecemasan tingkap berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian pada Selasa.

https://www.youtube.com/watch?v=gw-hgxn2wNA

Mangsa dikenal pasti sebagai Matthew Wong, 50; dan dua anaknya Brendan Wong, 18, serta Eric Wong, 15, ditemukan di bilik tingkat atas berhampiran jeriji tingkap kecemasan manakala isterinya Jecky Vun Kon Fung, 48, di dalam bilik air berhampiran bilik berkenaan.

Dalam kejadian itu, JBPM Sabah menerima panggilan pada jam 2.52 pagi sebelum berjaya mengawal kebakaran pada jam 3.40 pagi dan operasi di lokasi kejadian ditamatkan pada jam 6.10 pagi.

Md Ali berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak memasang jeriji kecemasan tingkap rumah yang berkunci agar mudah untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran.

“Kebanyakan kes kebakaran yang melibatkan kematian menunjukkan mangsa cuba keluar melalui jeriji kecemasan tingkap rumah berkenaan, namun gagal berbuat demikian kerana gagal membuka mangga yang berkunci,” katanya.- Bernama

Gagal buka jeriji, empat sekeluarga mati dalam kebakaran


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ali Puteh berang dituduh makan duit arwah Abam Bocey

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker