Berhenti sebelum SPRM cekup

Menteri Besar Aminuddin Harun berkata SPRM diberi kuasa penuh menyiasat penjawat awam di Negeri Sembilan.

Berhenti sebelum SPRM cekup

SEREMBAN: Penjawat awam Negeri Sembilan yang berniat melakukan penyelewengan dan rasuah dinasihatkan berhenti sebelum dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menteri Besar, Aminuddin Harun, berkata SPRM diberi kuasa penuh untuk terus menyiasat penjawat awam di negeri ini jika ada yang terlibat perbuatan tidak bermoral itu.



“Semasa pelancaran Pangkalan Data Utama (Padu), Perdana Menteri Anwar Ibrahim berterima kasih kepada SPRM dan polis kerana begitu tegas kepada pelaku rasuah dan memberi kuasa penuh untuk menjejaki individu yang terlibat dengan rasuah dalam kementerian.

“Saya juga sealiran dengan beliau…jika ada yang sedang berniat atau sedang merancang untuk tujuan tersebut, lebih baik berhenti sebelum SPRM datang ke pejabat anda,” katanya ketika berucap pada perhimpunan pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan 2024.

Beliau turut menyeru penjawat awam mengamalkan urus tadbir yang baik, mengelakkan pembaziran dan mencegah ketirisan selain memastikan setiap ringgit hasil kerajaan negeri dibelanjakan mengikut keperluan.

Jelasnya, Negeri Sembilan telah melonjakkan hasil negeri daripada RM400 juta ke RM500 juta dalam tempoh lima tahun berikutan kesepakatan dalam mengurus tadbir kewangan.



Dalam pada itu, Aminuddin turut meminta penjawat awam memperkasa usaha menangani kos sara hidup rakyat dan mencari kaedah terbaik supaya masyarakat tidak terlalu terbeban dengan kenaikan harga barang selain memastikan bekalan makanan mencukupi.

Beliau berkata, mereka perlu bekerjasama dengan agensi yang memberi perkhidmatan terus kepada rakyat seperti Baitulmal Negeri Sembilan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sekali gus memastikan kekayaan harta negeri ini tidak berlegar dalam golongan tertentu sahaja.

“Pelbagai program pemerkasaan ekonomi rakyat berjaya dilaksanakan sejak 2018 termasuk bantuan modal untuk usahawan, Bantuan Anak Sekolah, Biasiswa Anak Negeri dan pemberian subsidi Rumah Harapan,” katanya.

Menurutnya, penjawat awam juga perlu memastikan sistem penyampaian awam di negeri ini diperhebat demi mengoptimumkan sumber kerajaan untuk manfaat rakyat selain mencanai minda bagi mendepani cabaran.



“Saya dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Mohd Zafir Ibrahim yang mengumumkan pelaksanaan jadual waktu bekerja fleksibel (BWF) bagi warga perkhidmatan awam negeri bermula 15 Jan ini, jadi saya harap ia dimanfaatkan sebaiknya oleh penjawat awam,” katanya. FMT

Berhenti sebelum SPRM cekup

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rita Rudaini kecam ibubapa T20, nak susah hantar rumah kebajikan

Aidil jangan berangan nak jumpa anak – Rita Rudaini



Shamsul Ghau Ghau jual rumah, guna wang simpanan RM300,000

Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker