Ismail hulur sumbangan peribadi kepada keluarga pelajar USAS

Ismail hulur sumbangan peribadi kepada keluarga pelajar USAS

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghulurkan sumbangan peribadi kepada keluarga pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang maut dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini kelmarin.

Sumbangan disampaikan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Syed Mohd. Fazmi Sayid Mohamad kepada ketiga-tiga bapa pelajar USAS yang terkorban iaitu Muhammad Nasrun Aidol Munir Akhbar, 22, Muhamad Nabil Haikal Muhamad Fariz, 19 dan Iqbal Hasnun Halimi, 23.

Dalam pertemuan dengan ahli keluarga pelajar itu Syed Mohd Fazmi menyampaikan ucapan takziah daripada Ismail Sabri dan memaklumkan Perdana Menteri kini berada di Washington, Amerika Syarikat bagi menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS.

“Saya ingin menyampaikan ucapan takziah daripada Perdana Menteri kepada seluruh keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan ini.

“Perdana Menteri turut mengarahkan supaya tindakan segera perlu diambil berhubung insiden kejadian yang menimpa kelima-lima mangsa,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga mangsa di Hotel Casuarina Kuala Kangsar di sini hari ini.

Lima pelajar USAS maut selepas terlibat dalam kejadian kebakaran kereta dan treler di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di sini kelmarin.

Mangsa yang terlibat, Muhammad Nasrun, Iqbal Hasnun, Muhammad Nabil Haikal, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20.

Dalam kejadian sekitar pukul 12.52 tengah malam itu, kesemua mangsa rentung setelah kereta jenis Honda City dinaiki mereka terbakar selepas terlibat kemalangan membabitkan treler membawa muatan mozek dan besi pagar. Utusan

Ismail hulur sumbangan peribadi kepada keluarga pelajar USAS


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Waze punya pasal terpaksa terokai hutan

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Baby Shima kena kecam lagi goyang pinggul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker