Kucing ‘SADO’ tular di internet

Kucing sasa itu mendapat perhatian orang ramai di aplikasi Reddit. – Reddit

WASHINGTON  – Seekor kucing tular dalam aplikasi sosial Reddit kerana memiliki bentuk badan yang sasa sehingga menampakkan otot badannya, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Menurut seorang pengguna Reddit yang menyiarkan imej tersebut, kucing peliharaan itu menghidap sindrom yang jarang berlaku dikenali sebagai hipertrofi otot. Ia menyebabkan haiwan itu kelihatan sasa dan berotot sepenuhnya.

Pengguna lain di aplikasi itu turut terkejut melihat kucing tersebut kerana ia kelihatan seperti telah melakukan senaman angkat berat di gimnasium, lapor LadBible.

‘’Saya yakin dia mendengkur seperti enjin,’’ kata seorang pengguna.

‘’Inilah kucing yang beritahu supaya kalian jangan risau,’’ kata pengguna lain.

Sebelum ini, kes serupa turut dilaporkan berlaku kepada lembu, biri-biri, anjing dan manusia tetapi penyakit pertumbuhan otot berlebihan itu nampaknya boleh juga berlaku kepada kucing, seperti yang dibuktikan dalam aplikasi Reddit tersebut.

Keadaan ini hanya datang dengan mutasi genetik yang jarang berlaku seperti yang dijelaskan di majalah Popular Sains. – Agensi

Kucing ‘SADO’ tular di internet


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kebenaran import ayam sejuk beku hingga Februari 2022

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker