Rakyat perlu bersyukur, harga barang di Malaysia kedua terendah di Asean – Annuar

Rakyat perlu bersyukur, harga barang di Malaysia kedua terendah di Asean – Annuar

Harga barang terutama produk makanan di Malaysia antara terendah dalam kalangan negara Asean, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Annuar Musa.

Bagi menyokong kenyataannya, menteri komunikasi dan multimedia itu merujuk kepada laporan Bank Dunia berhubung program bakul makanan, iaitu diet makanan sihat.



Annuar berkata, laporan itu menunjukkan perbandingan antara semua negara Asean untuk makanan sihat yang cukup bagi satu keluarga dan memenuhi kriteria diet sihat mengikut negara.

“Laporan berkenaan meletakkan Malaysia sebagai negara kedua yang mempunyai kadar harga terendah dalam kalangan negara Asean. Ia turut melibatkan tarif elektrik, tarif air, harga minyak masak dan banyak lagi produk makanan.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bersyukur dan berbangga dengan kejayaan ini,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Annuar berkata, banyak pihak cuba mempolitikkan isu harga barangan sehingga menjalankan demonstrasi, sedangkan tindakan itu tidak membantu kepada penurunan harga makanan. FMT



Rakyat perlu bersyukur, harga barang di Malaysia kedua terendah di Asean – Annuar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun



Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker