Banjir Dan Kelab Malam Di Shah Alam: Dulu Masa BN Kata Bala, Masa PR Kata Apa?

Terus terang dikatakan, banjir yang sedang berlaku di seluruh Selangor dalam beberapa hari ini adalah disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab kerajaan tempatan yang cuai dalam menjalankan tugas. Akibat daripada penyelengaraan yang tidak efisyen sesetengah saluran dan penyelengaraan air hujan di Selangor (terutamanya di kawasan berpenduduk padat) gagal berfungsi dengan baik.

Read more

Isu Jet Peribadi: Anwar Kata PInjam Jet Macam Pinjam Kereta.

Anwar Ibrahim menyatakan bahawa UMNO bertindak memalukannya dan tidak mahu golongan korporat membantu usaha jijik beliau untuk merampas Putrajaya dengan apa jua cara. Bermacam cerita dikeluarkan oleh Anwar Ibrahim untuk menyelimut dirinya dari terpalit sebagai seorang yang sukakan kemewahan. Jika selama ini Anwar mahu dilihat begitu marhaen seperti Mahatma Gandhi dan Au Sang Suu Kyi, isu jet ini akan merobek realiti yang selama ini dipegang oleh ahli-ahli Pakatan Rakyat.

Read more

POLIS DAN ROS SINGGAH DI SUARAM: PENCACAI PAKATAN TERUS MEMEKIK.

Apa yang dilakukan oleh PDRM dan ROS bukan lah sebuah serbuan ganas sepertimana yang telah digambarkan oleh pihak Pakatan Rakyat. PDRM dan ROS hanya menjalankan siasatan. Jika benar SUHARAM tidak bersalah dan bergerak atas nama hak dan kebebasan bersuara, mengapa perlu takut. SUHARAM dan juak-juak Pakatan Rakyat tidak perlu memomokkan PDRM dan ROS hanya kerana mereka datang dan bertanyakan satu dua soalan.

Read more