Pemandu lori didakwa rogol anak di hotel

Pemandu lori didakwa rogol anak di hotel

BUTTERWORTH: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan merogol anak perempuannya yang berusia 14 tahun di sebuah hotel Oktober lalu.

Tertuduh berusia 39 tahun membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin @ Ghani.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di bilik sebuah hotel di Simpang Ampat, Daerah Seberang Perai Selatan pada jam 2.30 pagi, 30 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan maksimum.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Syafiq Nasrullah Saleem Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan terhadap bapa kepada lima anak itu namun tertuduh memohon ikat jamin pada kadar minimum dengan alasan perlu menyara anak masih bersekolah selain mangsa tinggal bersama bekas isterinya di Perak.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan iaitu tidak boleh mendekati dan mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Kes disebut semula pada 30 Januari depan bagi serahan dokumen dan lantikan peguam. BH

Pemandu lori didakwa rogol anak di hotel

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah sudah disunting?

Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari

Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023

Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker