Fosil manusia berusia 1.4 juta tahun ditemukan di utara Sepanyol

Fosil manusia berusia 1.4 juta tahun ditemukan di utara Sepanyol

Burgos: Tengkorak berusia 1.4 juta tahun, fosil manusia tertua pernah ditemukan di benua Eropah dan dipercayai mampu mengubah pengetahuan mengenai prasejarah manusia, menurut saintis yang terbabit dalam penemuan itu.

“Kami masih belum mengetahui spesies manusia pertama berdasarkan penemuan itu,” kata ahli arkeologi Aurora Martin, yang juga penyelaras am Muzium Evolusi Manusia di Burgos, utara Sepanyol, memberitahu Agensi Anadolu.



Tulang-tulang itu, ditemukan di dalam gua di tapak penggalian Sierra de Atapuerca berhampiran Burgos pada akhir Jun, dianggap satu kejayaan yang akan membantu menulis kembali sejarah evolusi manusia.

“Sehingga 1994, diketahui bahawa tiada spesies manusia purba di Eropah sehingga 500,000 tahun dahulu.

“Sekarang terdapat bukti kewujudan manusia pada 1.4 juta tahun dahulu. Dalam erti kata lain, kita menolak evolusi manusia di Eropah pada satu juta tahun lalu.

“Penemuan baharu itu yang mana ia tengkorak satu spesies, digali pada musim panas 2022, dan dipercayai berusia 1.4 juta tahun.



“Hal ini membuka lembaran baharu untuk pelbagai persoalan. Kami akan cuba mencari jawapan kepada persoalan ini, tetapi semuanya akan dilakukan selepas penyelidikan. Kami tidak boleh memberikan jawapan sekarang,” katanya.

Tapak arkeologi Atapuerca dijumpai ketika pembinaan landasan kereta api pada akhir abad ke-19, dan cari gali pertama bermula pada 1976.

Fosil manusia tertua pernah ditemukan di benua Eropah sebelum ini ialah pada 2007, yang berusia 1.2 juta tahun.

Menurut laporan fosil manusia dan haiwan zaman batu purba yang ditemukan di Atapuerca, Tapak Warisan Dunia itu kini dipamerkan di Muzium Evolusi Manusia di Burgos. HM



Fosil manusia berusia 1.4 juta tahun ditemukan di utara Sepanyol


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]



Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker