Caprice dedah sisi lain Mawla Amin

Caprice dedah sisi lain Mawla Amin

Teka-teki tentang status sebenar kewarganegaraan Mawla Amin atau nama sebenarnya, Mohamed Amin Ouradji akhirnya terjawab apabila Maghribi mengesahkan individu itu bukan rakyat mereka

Sebelum ini, tular juga bahawa lelaki ini telah memperdaya masyarakat Malaysia dengan menyebarkan berita mengatakan dirinya mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad SAW.

Terbaru, selebriti dan aktivis media sosial, Caprice mendedahkan identiti sebenar individu tersebut.

“Akhirnya terbongkar nama asal “Mawla Amin” dekat Passport France dia sebelum dia pindah ke Morocco. Tolong tag/forward kepada mak cik dan pak cik kopek udang,” kata Caprice.

Tidak mempunyai kaitan mana-mana keturunan Nabi Muhammad SAW

Di samping itu, Kementerian Luar Negeri Maghribi mengesahkan Mawla Amin atau nama sebenarnya Muhammad Mohamed Amin Ouradji bukan warganegara Maghribi.

Menerusi laporan Sinar Harian, lelaki itu juga tidak mempunyai kaitan dengan Sharif Idrissi di Maghribi atau mana-mana keturunan Nabi Muhammad SAW.

“Mohamed Amin Ouradji dilahirkan di Algiers, Algeria pada 1984 dan berhijrah ke Perancis bersama keluarganya,” jelas kementerian itu.

Menurut portal berkenaan, penganut mazhab merujuknya dengan gelaran kehormat ‘Mawla Mohamed Amin al-Hassani’.

Terdahulu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor turut tampil memberikan komennya berhubung perkara tersebut

Menerusi laporan Berita Harian, Wan Salim menitipkan pesan agar umat Islam di Malaysia tidak terlalu taasub dengan dakwaan seseorang itu daripada nasab Rasullullah SAW dan sewajarnya melakukan penyelidikan latar belakang seseorang ulama atau kumpulannya terlebih dahulu.

Tambah Wan Salim, seseorang yang berketurunan mulia juga tidak akan memberi sebarang manfaat kepada seseorang, jika dia merupakan seorang yang tidak taat kepada ajaran agama yang telah disampaikan Rasulullah SAW.

Caprice dedah sisi lain Mawla Amin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa jadi dengan Azhar Sulaiman?

Saya tak halalkan – Alif Satar

Marissa pusing 360 darjah – Abby

RM3.5j majlis perkahwinan anak jutawan Bawal Exclusive

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker