WHO isytihar Monkey Pox darurat kesihatan global

WHO isytihar Monkey Pox darurat kesihatan global

Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom.
PERTUBUHAN Kesihatan Dunia (WHO) mengisytiharkan penularan wabak cacar monyet sebagai darurat kesihatan global, amaran tahap tertinggi.

Wabak yang telah menjangkiti hampir 17,000 orang di 74 buah negara itu kini amat membimbangkan.

“Saya telah memutuskan bahawa penularan cacar monyet global adalah kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan diperingkat antarabangsa,” kata Ketua Pengarah, WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus pada sidang akhbar di Geneva.

Memetik laporan media, Tedros berkata, mesyuarat jawatankuasa pakar pada Khamis lalu tidak dapat menetapkan keputusan tersebut, sebaliknya menyerahkan kepada beliau untuk memutuskan untuk mengeluarkan amaran tersebut.

Penilaian WHO mendapati risiko cacar monyet adalah sederhana di peringkat global dan di semua rantau kecuali di rantau Eropah yang mencatatkan risiko paling tinggi.

WHO isytihar Monkey Pox darurat kesihatan global


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker