Bertaubatlah Diana – Farid

Bertaubatlah Diana – Farid

“Bertaubatlah sebelum terlambat,” demikian harapan pelakon Farid Kamil, 42, terhadap isterinya, Diana Danielle, 32, atas segala perbuatan dilakukan.

Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari berkata, dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai suami bagi membantu Diana untuk kembali ke jalan benar supaya tidak menerima padah.

Bagaimanapun, pelakon utama filem Anwar: The Untold Story itu tetap memaafkan segala perbuatan Diana terhadapnya.

“Bila saya tahu akibat di sebalik apa yang dilakukan, dia mungkin ditimpa laknat yang saya sendiri tidak boleh ampunkan.

“Sebagai manusia, saya maafkan Diana. Apa sahaja kesalahannya, saya maafkan sebab dia adalah isteri dan ibu kepada dua anak saya,” katanya ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, hari ini.

Baca Artikel Menarik:

Dalam masa sama, Farid berkata, dia tetap akan berusaha sedaya upaya menyelamatkan rumah tangga yang dibina sejak 2012 itu.

“Saya tetap mahu selamatkan rumah tangga ini. Saya memang sayangkan Diana dan anak-anak.

“Semua perkara akan ditentukan oleh mahkamah sebab saya hanya manusia biasa. Saya hanya bertindak sebagai suami yang menuntut hukum-hakam,” kata Farid sebak.

Farid berkongsi mengenainya selepas menjalani prosiding sulh di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, antara jam 11.45 pagi sehingga 1 petang tadi.

Pelakon itu turut ditemani peguam syarie mewakilinya, Fakhrul Azman Abu Hassan.

Baca Artikel Menarik:

Fakhrul kemudian mengesahkan pasangan itu akan menghadiri sulh kedua pada 25 Mei depan berikutan Diana tidak dapat hadir pada prosiding hari ini.

Terdahulu, Farid mengemukakan tawaran perdamaian terhadap Diana membabitkan antaranya aset, barang kemas dan bayaran pendahuluan nafkah bernilai RM319,700.

Kata Farid, tawaran itu diharap mampu melembutkan hati Diana demi masa depan dan kebaikan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. BH

Bertaubatlah Diana – Farid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerai kerana anak – Syamsul Yusof

Najib boleh mohon ampun, walaupun ada lagi tiga kes dalam perbicaraan

Dalai Lama minta budak cium dan hisap lidah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker