Netizen risau keadaan Elya KWSP

Netizen risau keadaan Elya KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami masalah gangguan perkhidmatan sementara di semua cawangannya termasuk aplikasi i-Akaun KWSP, hari ini.

KWSP memaklumkan perkara tersebut kepada orang ramai dalam satu hantaran di akaun Facebooknya, serta sedang berusaha untuk memulihkan perkhidmatan itu.

“Pihak KWSP sedang berusaha untuk memulihkan perkhidmatan dan akan memberi maklumat terkini dari semasa ke semasa. Sebarang kesulitan amat dikesali,” katanya.

Namun gelagat lucu netizen di ruangan komen, rata-rata mendoakan watak animasi Elya yang sinonim sebagai penasihat dalam talian laman sesawang KWSP, kerana dikhuatiri ‘jatuh sakit’ seiiring dengan masalah gangguan perkhidmatan tersebut.

“Elya masuk wad ke.. adoi semoga cepat sembuh Elya.. Lepas keluar hospital jangan lupa KWSP bersasar,” komen seorang netizen.

“Mungkin Elya pergi kursus kahwin, musim-musim orang berkahwin pula kan,” komen netizen yang lain pula.

Bagi yang tidak mengetahui, watak Elya popular sebagai penasihat kewangan dalam talian KWSP dimana ia akan muncul setelah pemohon mengisi maklumat nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit serta menjawab beberapa soalan. K Online

Netizen risau keadaan Elya KWSP


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan suami isteri didenda buat ‘projek’ di tempat awam [VIDEO]

Banglo seram Bukit Gasing akhirnya dijual dengan harga RM4.4j

Penyokong paling seksi dakwa dilamar ramai pemain

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker