Tabung Haji diarah dapatkan maklumat kepulangan Ayid

Tabung Haji diarah dapatkan maklumat kepulangan Ayid

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad telah mengarahkan Tabung Haji untuk menghubungi Jabatan Imigresen bagi mendapatkan maklumat kepulangan seorang wanita berpakaian ihram lelaki ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah baru-baru ini.

Beliau berkata pihaknya juga membuat siasatan lanjut untuk mendapatkan maklumat mengenai tempat asal wanita berkenaan dan akan memaklumkan kepada pihak berkuasa negeri terlibat untuk tindakan lanjut.



“Dia pergi (Makkah) secara sendiri menggunakan visa pelancong,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan konvoi motosikal kongsi rezeki sempena Program Munajat Keluarga Malaysia anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini hari ini.

Program yang diadakan di Masjid Putra itu bagi menyambut genap setahun Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengemudi negara dan Inspirasi Setahun Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

Pada 12 Ogos, Idris dilaporkan berkata tindakan tegas menanti kepulangan wanita terbabit kerana didakwa mengerjakan umrah dengan berpakaian ihram lengkap seperti lelaki.

Seorang pengguna media sosial berkongsi video berdurasi 17 saat memaparkan seorang ‘lelaki’ merakam dirinya tawaf di depan Kaabah dalam Masjidilharam di Makkah yang akhirnya tular selepas identiti individu itu didedahkan sebagai wanita. FMT



Tabung Haji diarah dapatkan maklumat kepulangan Ayid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri



Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker