Rafizi yakin Hamzah hanya retorik tak berani dedah

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyatakan keraguannya sekiranya Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin sanggup mengambil risiko untuk dipenjarakan demi mendedahkan fail-fail yang didakwa disimpan sejak menjadi menteri dalam negeri.

Rafizi berkata, dia melihat dakwaan Hamzah tidak lebih sekadar retorik kerana mempertaruhkan dirinya sendirinya sekiranya memilih untuk mendedahkan fail-fail berkenaan.

“Saya tak terlalu bimbang kerana saya meragui mana-mana ahli politik yang ingin mengambil risiko masuk penjara.

“Jika saya Hamzah, jika mereka (ahli politik pembangkang) mahu mendedahkan (fail berkenaan) maka mereka mendedahkan diri mereka kepada semua ini (hukuman penjara)… saya ragu begitu,” katanya selepas melancarkan Majlis Banci Ekonomi 2023 di Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur hari ini.

Rafizi diminta mengulas mengenai pendedahan Hamzah bahawa pemimpin Bersatu itu memiliki “banyak fail” berkaitan pemimpin kerajaan semasa menjadi menteri.

Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) bagaimanapun berkata Hamzah mungkin melakukan kesalahan undang-undang jika menyimpan sebarang dokumen sensitif dan menggesa dia disiasat kerana bersubahat dalam melindungi ahli politik tertentu dalam kerajaan.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim, yang juga seorang peguam, berkata kenyataan Hamzah itu bertentangan dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 dan sumpah rahsia.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng membangkitkan isu bahawa Hamzah mungkin melakukan kesalahan jenayah jika menyimpan fail yang diletakkan di bawah OSA.

Rafizi berkata pembangkang perlu mempertimbangkan apakah pendedahan tersebut akan melibatkan kepentingan orang ramai sebelum mereka mahu berbuat demikian.

Bercakap berdasarkan pengalaman sendiri yang pernah didapati bersalah kerana melanggar OSA pada 2016, Rafizi menegaskan dia mendedahkan dokumen sulit mengenai skandal 1MDB, yang berada dalam simpanannya tanpa kebenaran, dengan niat “menyelamatkan orang ramai melebihi daripada segala-galanya”.

“Pastikan ia tidak serkap jarang dan mengambil kesempatan politik daripadanya.

“Orang ramai jauh lebih bijak. Kita tunggu dan lihat sahaja.

“Sekiranya ada skandal besar yang melibatkan sesiapa, dokumen itu akan keluar sekarang. Media pasti dapat” kata timbalan presiden PKR itu.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sultan Johor cukup murka dengan Kerajaan pimpinan Mahathir

Kamal Adli boleh kehilangan nyawa jika sasaran penyerang tersasar ke bawah

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker