PAS ‘solid’ sokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke-9

PAS ‘solid’ sokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke-9. PAS hari ini menyatakan sokongan sebulat suara bagi menyokong dan mencalonkan Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu sudah bersiap-sedia dengan akuan bersumpah (SD) sejak beberapa lepas

“PAS sebulat suara sokong Datuk Seri Ismail Sabri dan kita dah siap SD beberapa hari lepas,” katanya ringkas ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Terdahulu Umno juga dilaporkan sebulat suara memberi sokongan kepada anggota Parlimen Bera itu bagi menggantikan Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan sebagai perdana menteri selepas hilang majoriti sokongan ahli Dewan Rakyat

Ia selepas seramai 15 anggota Parlimen Umno menarik sokongan terhadap kepimpinan Muhyiddin sekali gus kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang.

Sebagai rekod PAS merupakan sekutu Umno yang membentuk gabungan Muafakat Nasional selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu.

PAS ‘solid’ sokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke-9


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Agong mahu keabsahan PM baru diuji di parlimen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker