Harga borong kit ujian pantas antigen RM16, harga runcit RM19.90 – KPDNHEP

Harga borong kit ujian pantas antigen RM16, harga runcit RM19.90 – KPDNHEP

Kerajaan menetapkan harga borong dan runcit maksimum Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen COVID-19 masing-masing dikawal pada RM16.00 dan RM19.90.

Harga siling itu berkuat kuasa 5 Sept ini, menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, penentuan harga itu dibuat mengikut kewajaran dan kesesuaian bagi penguatkuasaan yang lebih berkesan.

Ia bagi memastikan harga yang berpatutan dan keberadaan bekalan di pasaran bagi manfaat pengguna dan peniaga.

“Penentuan harga dibuat berdasarkan maklumat harga daripada pemantauan harga di semua premis dan farmasi di seluruh negara.

“Begitu juga, maklum balas dari agensi kerajaan seperti Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan perbincangan dengan pengilang, pengimport, peruncit dan persatuan farmasi barangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, permintaan terhadap kit ujian kendiri tersebut dijangka meningkat susulan kesedaran orang ramai membuat ujian sendiri bagi memastikan diri bebas dari wabak.

“KPDNHEP juga menjangkakan kesan persaingan akan menstabilkan lagi harga jualan di semua peringkat seperti mana berlaku kepada harga pelitup muka sekarang,” tambahnya.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, RTK Antigen yang akan dikawal merupakan suatu peranti yang diluluskan secara bersyarat oleh MDA KKM bagi pengesanan COVID-19, menggunakan sampel bendalir mulut atau swab hidung.

Katanya, kerajaan prihatin dan serius dalam menangani kos sara hidup yang meningkat ketika ini dan menyokong usaha ke arah menangani wabak COVID-19.

Beliau turut memberi amaran, KPDNHEP akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan.

Tindakan boleh diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang juga melibatkan bayaran penalti, katanya.

“Kementerian telah menyediakan pelbagai medium penyaluran aduan bagi memudahkan rakyat mengemukakan aduan berkaitan isu harga.

“Kementerian turut mewujudkan Skuad Tindakan Aduan Rakyat (STAR) dalam usaha untuk menangani aduan rakyat dengan lebih berkesan,” tambah Alexander.

Perkara sama turut dimaklumkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar melalui akaun Twitter beliau sebentar tadi.

Harga borong kit ujian pantas antigen RM16, harga runcit RM19.90 – KPDNHEP


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Makcik tinggal serumah rupanya rakan dalam talian 3 tahun

Pemuda tak mengaku salah dakwaan cuba bunuh ayah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker