Jangan berunding dalam gelap dengan PAS, Tok Mat beritahu pemimpin Umno

Jangan berunding dalam gelap dengan PAS, Tok Mat beritahu pemimpin Umno

Umno mengingatkan pemimpinnya supaya tidak mengadakan “rundingan dalam gelap” susulan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mendakwa kedua-dua parti sedang berunding melibatkan pimpinan parti hingga ke peringkat akar umbi.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, berkata beliau sendiri tidak mengetahui siapakah individu dari Umno seperti dimaksudkan Hadi yang sedang menjalankan rundingan dengan partinya.

“Sekiranya, terdapat rundingan sekali pun antara kedua-dua parti itu, ia mestilah berjalan secara telus dan menerusi mesyuarat.

“Apa sahaja perundingan, mesti ‘transparent’ (telus), jangan berunding dalam gelap, tidak boleh begitu,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Terdahulu, Hadi dalam sidang media selepas perasmian Muktamar Tahunan Pas ke-68 di Kompleks Pas Kedah di Alor Setar, menyatakan rundingan antara Umno dan PAS ketika ini masih berjalan.

Jelasnya, rundingan itu melibatkan pimpinan kedua-dua parti hingga ke peringkat akar umbi.

Mohamad bagaimanapun mengakui beliau sendiri tidak tahu pemimpin Umno yang mana dimaksudkan PAS.

“Setakat hari ini, saya tidak mengetahui sekiranya ada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengutuskan mana-mana pemimpin parti itu untuk berunding dengan PAS.

“Kalau presiden sudah turunkan kuasa kepada sesiapa untuk berunding, ia dibuat secara terang dalam mesyuarat. Misalnya saya, jawatankuasa perunding untuk kerusi, memang diputuskan dalam Majlis Tertinggi, saya (sebagai) pengarah pilihan raya juga diputuskan.

“Jadi tiada pula dengar parti ataupun presiden, pernah bercakap mengutuskan mewakili Umno berunding dengan PAS. Setakat hari ini saya tidak tahu, boleh jadi ada, tetapi saya tidak tahu.

Mohamad yang juga ADUN Rantau sebelum ini menegaskan Umno dan Barisan Nasional (BN) setakat ini telah membuat keputusan untuk bertanding solo pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15). FMT

Jangan berunding dalam gelap dengan PAS, Tok Mat beritahu pemimpin Umno


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker