Liverpool sasar Ekitike selepas gagal dapatkan Isak

Liverpool sasar Ekitike selepas gagal dapatkan Isak

Liverpool sasar Ekitike selepas gagal dapatkan Isak
EKITIKE turut menyatakan kesediaan untuk berpindah ke Anfield. FOTO AFP

London: Liverpool dilaporkan bersedia melancarkan bidaan untuk penyerang Eintracht Frankfurt, Hugo Ekitike, selepas gagal mendapatkan bintang Newcastle, Alexander Isak.

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu beralih tumpuan kepada Ekitike selepas Newcastle enggan melepaskan Isak yang dinilai sekitar £150 juta (RM894 juta).

Menurut laporan, Ekitike, 23, turut menyatakan kesediaan untuk berpindah ke Anfield.

Liverpool dijangka menawarkan lebih £70 juta (RM417 juta) untuk mendapatkan khidmat penyerang antarabangsa Perancis itu yang meledak 22 gol bersama Frankfurt musim lalu selepas berhijrah dari Paris Saint Germain.

Langkah ini hadir selepas kekosongan di bahagian serangan The Reds susulan kematian tragis Diogo Jota dalam kemalangan jalan raya di Sepanyol baru-baru ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


Pada masa sama, Darwin Nunez dikatakan sedia dilepaskan, manakala Bayern Munich gagal mendapatkan Luis Diaz selepas bidaan mereka ditolak.

Setakat ini, Liverpool sudah membelanjakan £116 juta (RM690 juta) bagi mendapatkan pemain tengah Jerman, Florian Wirtz, selain memperkuat benteng dengan Jeremie Frimpong dan Milos Kerkez. Mereka turut menambah penjaga gol Georgia, Giorgi Mamardashvili, dari Valencia.

 

Liverpool sasar Ekitike selepas gagal dapatkan Isak

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker