My KMU NeT https://mykmu.net Demi Negara.. Sungai Ini Akan Terus Mengalir... Fri, 14 Aug 2020 07:49:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=5.5 https://mykmu.net/wp-content/cache/thumbnails/2020/06/cropped-Mykmu2-32x32.jpg My KMU NeT https://mykmu.net 32 32 166434312 Bila sudah tua, tak payahlah buat tohmahan, kata Hamzah https://mykmu.net/2020/08/14/bila-sudah-tua-tak-payahlah-buat-tohmahan-kata-hamzah/ https://mykmu.net/2020/08/14/bila-sudah-tua-tak-payahlah-buat-tohmahan-kata-hamzah/#respond Fri, 14 Aug 2020 07:49:09 +0000 https://mykmu.net/?p=216538 Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diingatkan tidak melakukan tuduhan melulu apatah lagi dakwaan rasuah untuk membeli sokongan wakil-wakil

The post Bila sudah tua, tak payahlah buat tohmahan, kata Hamzah appeared first on My KMU NeT.

]]>
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diingatkan tidak melakukan tuduhan melulu apatah lagi dakwaan rasuah untuk membeli sokongan wakil-wakil rakyat di Sabah yang kini beralih arah daripada Warisan.

Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin menegaskan, Dr Mahathir tidak sewajarnya menggunakan tohmahan itu untuk meraih simpati rakyat, lebih-lebih lagi pada pilihan raya nanti.

“Kadang-kala bila kita sudah sampai waktu sudah tua umur macam itu…tak payahlah buat tohmahan..tak elok. Kita kadang-kala kita kena kaji juga berapa lama lagi kita nak tinggal (dalam politik).

“Jadi kalau buat tohmahan yang bukan-bukan ini berdosa,” katanya pada sidang media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir semasa pelancaran calon Bebas bagi PRK DUN Slim malam tadi yang membuat tuduhan kononnya 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang menyokong bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman bagi membentuk kerajaan baharu.

Menurut Dr Mahathir, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut didakwa membayar RM5 juta hingga RM32 juta kepada wakil rakyat pro Warisan untuk menyokong Musa bagi membentuk Kerajaan Negeri Perikatan Nasional (PN) di Sabah.

Dalam pada itu, Hamzah juga menafikan dakwaan Ahli Parlimen Langkawi itu sambil menyifatkan Dr Mahathir cakap tak serupa bikin malah beliau sendiri menghubungi beberapa Ahli Parlimen untuk lompat parti.

“Saya nak maklumkan…saya tak pernah bagi pun sesiapa…dan siapa yang bagi (duit) saya pun tak tahu, sebab itu saya tak mahu menuduh orang.

“Ketika kita tengah berbincang dulu ini dalam Parlimen Mei lalu, saya nak maklumkan, ada ahli-ahli bekas Bersatu…bukan ahli tapi Ahli Parlimen Bersatu yang ditelefon oleh mereka dengan janji macam-macam.

“Sama jer perangai, cakap lain, buat lain,” tegasnya.

Langkah Dr Mahathir menuduh beliau membayar jumlah tertentu itu sebenarnya boleh menyebabkan rakyat mula muak dan hilang percaya kepada perjuangannya dalam politik meskipun dengan menubuhkan parti baharu.

“Saya sudah letak dia begitu tinggi….malah saya ingat rakyat sudah meletak dia begitu tinggi tetapi kalau sudah sampai masanya melakukan banyak sangat tohmahan dan akhirnya orang tak percaya lagi.

“Apa lagi rakyat mahu, lupakan yang lain, cuma fokus Perdana Menteri dan ahli-ahli Kabinet yang sekarang ini menyusun untuk memastikan kita akan lebih maju ke hadapan dari sebelum ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

The post Bila sudah tua, tak payahlah buat tohmahan, kata Hamzah appeared first on My KMU NeT.

]]>
https://mykmu.net/2020/08/14/bila-sudah-tua-tak-payahlah-buat-tohmahan-kata-hamzah/feed/ 0 216538
KELUARNYA MANTAN-MANTAN CALON YANG HILANG WANG PERTARUHAN DARI BERSATU https://mykmu.net/2020/08/14/keluarnya-mantan-mantan-calon-yang-hilang-wang-pertaruhan-dari-bersatu/ https://mykmu.net/2020/08/14/keluarnya-mantan-mantan-calon-yang-hilang-wang-pertaruhan-dari-bersatu/#respond Fri, 14 Aug 2020 04:42:41 +0000 https://mykmu.net/?p=216532 Oleh Dr Kamarul Yusoff Melihat kepada jurucakap persatuan yang hilang wang pertaruhan setelah hanya dapat 5.5% undi di P34 Setiu

The post KELUARNYA MANTAN-MANTAN CALON YANG HILANG WANG PERTARUHAN DARI BERSATU appeared first on My KMU NeT.

]]>
Oleh Dr Kamarul Yusoff

Melihat kepada jurucakap persatuan yang hilang wang pertaruhan setelah hanya dapat 5.5% undi di P34 Setiu dalam PRU 14, serta rakan-rakannya yang rata-rata turut hilang wang pertaruhan mereka belaka (setelah hanya dapat 4.4% undi di P30 Jeli, 4.6% undi di N31 Semerak, 5.3% undi di N1 Kuala Besut, 5.7% undi di N11 Tendong, 6.5% undi di N22 Bebar, 7.9% undi di P33 Besut, 9.5% undi di P32 Gua Musang dan 10.7% undi di P87 Kuala Krau) dalam PRU 14.

Adalah jauh lebih menarik jika “Gabungan Permuafakatan Mantan-Mantan Calon Parlimen Dan DUN BERSATU” yang mengumumkan keluar dari BERSATU semalam ditukar namanya menjadi “Gabungan Permuafakatan Mantan-Mantan Calon Parlimen Dan DUN BERSATU Yang Hilang Wang Pertaruhan Dalam PRU 14”.

The post KELUARNYA MANTAN-MANTAN CALON YANG HILANG WANG PERTARUHAN DARI BERSATU appeared first on My KMU NeT.

]]>
https://mykmu.net/2020/08/14/keluarnya-mantan-mantan-calon-yang-hilang-wang-pertaruhan-dari-bersatu/feed/ 0 216532
Sivagangga : Penduduk, peniaga Napoh saman tauke nasi kandar RM 1 Juta https://mykmu.net/2020/08/14/sivagangga-penduduk-peniaga-napoh-nak-saman-tauke-nasi-kandar/ https://mykmu.net/2020/08/14/sivagangga-penduduk-peniaga-napoh-nak-saman-tauke-nasi-kandar/#respond Fri, 14 Aug 2020 04:36:18 +0000 https://mykmu.net/?p=216528 SERAMAI 100 penduduk dan pemilik kedai yang terjejas akan memfailkan saman berjumlah RM1 juta terhadap pemilik restoran Nasi Kandar Salleh

The post Sivagangga : Penduduk, peniaga Napoh saman tauke nasi kandar RM 1 Juta appeared first on My KMU NeT.

]]>
SERAMAI 100 penduduk dan pemilik kedai yang terjejas akan memfailkan saman berjumlah RM1 juta terhadap pemilik restoran Nasi Kandar Salleh bagi menuntut kerugian yang dialami selepas mencetuskan kluster Sivagangga.

Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, tuntutan saman itu dibuat berdasarkan nasihat peguam bagi memberi pengajaran kepada semua orang agar tidak sewenang-wenangnya melanggar arahan kuarantin sehingga menyebabkan virus Covid-19 merebak.

“Semalam, kami berjaya mengumpul 100 penduduk dan peniaga termasuk enam badan bukan kerajaan (NGO)yang mahu memfailkan saman kepada pemilik restoran Nasi Kandar Salleh.

“Dijangka hari ini akan ada lagi penduduk yang mahu berbuat demikian menerusi nasihat guaman Zunun and Co yang menawarkan perkhidmatan secara percuma,” katanya dalam kenyataan di Alor Setar, hari ini.

Semalam, NSTP melaporkan CAKE

mengetuai NGO bersama penduduk dan peniaga pekan Napoh akan memfailkan saman bersama terhadap pemilik Restoran Salleh.

Mohamad Yusrizal berkata penularan virus ini bukan sahaja berlaku di Napoh, tetapi ia merebak ke daerah Padang Terap, Kulim seterusnya ke Perlis dan Pulau Pinang sehingga bukan sahaja memberikan satu gambaran yang buruk kepada pekan Napoh, malah kepada seluruh penduduk di Kedah.

“Justeru saya menyambut baiklangkah kerajaan yang mendenda pemilik restoran itu RM12,000 dan dihukum penjara lima bulan, semalam.

“Sebab itu kita bersama penduduk dan NGO akan teruskansaman terhadap pemilik restoran itu, banyak kerugian penduduk terpaksa tanggung termasuk kesan terhadap psikologi mereka,”katanya.

Semalam, pemilik kedai Nasi Kandar Salleh di Napoh, dijatuhkan hukuman denda RM12,000 dan penjara lima bulan di Alor Setar selepas didapati bersalah ingkar perintah pengawasan dan pemerhatian pada 14 Julai lalu.

Tertuduh, Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun. HM

The post Sivagangga : Penduduk, peniaga Napoh saman tauke nasi kandar RM 1 Juta appeared first on My KMU NeT.

]]>
https://mykmu.net/2020/08/14/sivagangga-penduduk-peniaga-napoh-nak-saman-tauke-nasi-kandar/feed/ 0 216528
Militan penggal kepala rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Filipina https://mykmu.net/2020/08/14/militan-penggal-kepala-rakyat-malaysia-ditahan-pihak-berkuasa-filipina/ https://mykmu.net/2020/08/14/militan-penggal-kepala-rakyat-malaysia-ditahan-pihak-berkuasa-filipina/#respond Fri, 14 Aug 2020 04:25:17 +0000 https://mykmu.net/?p=216525 Pihak berkuasa Filipina menangkap ketua pemimpin Abu Sayyaf, Idang Susukan @ Abu Jihad yang juga dikehendaki di Malaysia berhubung penculikan

The post Militan penggal kepala rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Filipina appeared first on My KMU NeT.

]]>
Pihak berkuasa Filipina menangkap ketua pemimpin Abu Sayyaf, Idang Susukan @ Abu Jihad yang juga dikehendaki di Malaysia berhubung penculikan di Sabah.

The Philippine Star memetik Ketua Polis Filipina, Archie Gamboa mengesahkan bahawa penangkapan itu dibuat petang semalam.

“Pemimpin pemberontak itu diserahkan oleh pengasas Barisan Hadapan Pembebasan Moro (MNLF), Nur Misuari kepada pihak berkuasa di bandar Davao,” lapor akhbar itu di Twitter malam tadi.

Dikatakan Idang ditangkap di rumah Nur Misuari di Bandar Davao sebelum diserahkan kepada polis.

Kumpulan Idang disyaki sebagai dalang penculikan di sebuah restoran makanan laut di Sandakan pada 14 Mei 2015.

Kedua-dua mangsa penculikan itu adalah pemilik restoran Thien Nyuk Fun dan jurutera Sarawak, Bernard Then Ted Fen.

Thien dibebaskan pada 8 November tahun itu tetapi Then dipenggal kepala oleh kumpulan tersebut.

Komando Keselamatan Timur Sabah memasukkan Idang dalam senarai 21 warga asing yang dikehendaki kerana didakwa terlibat dalam jenayah rentas sempadan di Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone). Mkini

The post Militan penggal kepala rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Filipina appeared first on My KMU NeT.

]]>
https://mykmu.net/2020/08/14/militan-penggal-kepala-rakyat-malaysia-ditahan-pihak-berkuasa-filipina/feed/ 0 216525
Lelaki dakwa jual organ manusia direman 7 hari https://mykmu.net/2020/08/14/lelaki-dakwa-jual-organ-manusia-direman-7-hari/ https://mykmu.net/2020/08/14/lelaki-dakwa-jual-organ-manusia-direman-7-hari/#respond Fri, 14 Aug 2020 04:20:20 +0000 https://mykmu.net/?p=216522 Lelaki yang menyerah diri kepada polis semalam, selepas mendakwa diri terbabit dalam pemerdagangan organ manusia antarabangsa, direman 7 hari untuk

The post Lelaki dakwa jual organ manusia direman 7 hari appeared first on My KMU NeT.

]]>
Lelaki yang menyerah diri kepada polis semalam, selepas mendakwa diri terbabit dalam pemerdagangan organ manusia antarabangsa, direman 7 hari untuk membantu siasatan kes itu.

Perintah reman ke atas lelaki berusia 48 tahun itu dikeluarkan penolong pendaftar mahkamah rendah Kuching, Mosidi Husseini, yang bersidang sebagai majistret, susulan permohonan dikemukakan pegawai penyiasat Nor Elyanis Mohd Yusoff.

Polis menyiasat kes itu di bawah Seksyen 15 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Semalam, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dev Kumar M M Sree mengesahkan lelaki itu ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching kira-kira 1.45 tengah hari.

Dia berbuat demikian selepas mengetahui polis memburunya susulan laporan akhbar United Kingdom, The Sun yang dia ialah broker buah pinggang mangsa miskin.

Dalam artikel 8 Ogos lalu, lelaki itu mendakwa dia boleh menguruskan “pakej” pemindahan organ £85,000 untuk warga Britain di Filipina dan mendalangi 45 penjualan haram buah pinggang menggunakan Facebook bagi mengumpan mangsa miskin dari seluruh dunia untuk menjual organ mereka. FMT

The post Lelaki dakwa jual organ manusia direman 7 hari appeared first on My KMU NeT.

]]>
https://mykmu.net/2020/08/14/lelaki-dakwa-jual-organ-manusia-direman-7-hari/feed/ 0 216522
Peniaga burger ke Bukit Aman atas dakwaan hina polis https://mykmu.net/2020/08/14/peniaga-burger-ke-bukit-aman-atas-dakwaan-hina-polis/ https://mykmu.net/2020/08/14/peniaga-burger-ke-bukit-aman-atas-dakwaan-hina-polis/#respond Fri, 14 Aug 2020 04:15:35 +0000 https://mykmu.net/?p=216519 Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid yang juga dikenali sebagai Asri Janggut tiba di Bukit Aman hari ini untuk

The post Peniaga burger ke Bukit Aman atas dakwaan hina polis appeared first on My KMU NeT.

]]>
Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid yang juga dikenali sebagai Asri Janggut tiba di Bukit Aman hari ini untuk disoal siasat atas dakwaan membuat kenyataan menghina polis.

Peniaga burger berusia 42 tahun itu tiba kira-kira 10.25 pagi tadi dengan ditemani peguam Shaharudin Ali.

Beliau didakwa membuat kenyataan itu dalam sebuah klip video selama 31 saat yang tersebar di media sosial.

Bernama melaporkan 2 laporan dibuat terhadapnya di Balai Polis Jalan Travers dan Jalan Tun Razak 2 hari lalu.

ADVERTISING

Ads by Teads

Kes yang diklasifikasikan di bawah Seksyen 505(b) dan Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 itu disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador dilapor menyifatkan dakwaan Asri yang anggotanya tidak menjaga solat sebagai keterlaluan.

Dalam video sama, Asri difahamkan turut menyebut anggota Angkatan Tentera Malaysia tidak menjaga solat.

Bagaimanapun, Panglima ATM, Affendi Buang semalam dilaporkan menerima permohonan maaf Asri yang turut disiarkan di media sosial Persatuan Pengguna Islam Malaysia kelmarin. FMT

The post Peniaga burger ke Bukit Aman atas dakwaan hina polis appeared first on My KMU NeT.

]]>
https://mykmu.net/2020/08/14/peniaga-burger-ke-bukit-aman-atas-dakwaan-hina-polis/feed/ 0 216519
Belum reda kluster Sivagangga muncul pula kluster Tawar https://mykmu.net/2020/08/14/belum-reda-kluster-sivagangga-muncul-pula-kluster-tawar/ https://mykmu.net/2020/08/14/belum-reda-kluster-sivagangga-muncul-pula-kluster-tawar/#respond Fri, 14 Aug 2020 03:17:45 +0000 https://mykmu.net/?p=216516 Terdapat satu lagi kluster baharu dikenal pasti hari ini yang kebanyakannya tertumpu di Mukim Tawar, Kedah. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan

The post Belum reda kluster Sivagangga muncul pula kluster Tawar appeared first on My KMU NeT.

]]>
Terdapat satu lagi kluster baharu dikenal pasti hari ini yang kebanyakannya tertumpu di Mukim Tawar, Kedah.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, terdapat 10 kes positif yang telah disahkan di bawah Kluster Tawar yang mana terdiri daripada ahli keluarga kes pertama (kes ke-9113).

Tambahnya, kes ke-9113 adalah seorang lelaki warganegara Malaysia yang merupakan seorang peniaga.

Dia mempunyai sejarah menghadiri upacara keagamaan memperingati kematian ahli keluarga yang turut dihadiri kira-kira 30 orang.

Majlis tersebut berlangsung dari 31 Julai 2020 hingga 1 Ogos lalu dan pesakit mula mengalami sakit dada serta gejala demam pada 8 Ogos.

Dia kemudiannya telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan yang mana saringan Covid-19 yang dijalankan ke atasnya disahkan positif pada 11 Ogos.

“Susulan itu, aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat telah dijalankan.

“Sehingga 13 Ogos 2020, 86 kontak rapat beliau telah disaring yang termasuk ahli keluarga, kontak rapat di hospital dan lain-lain kontak.

“Daripada jumlah ini, sembilan kes dikesan positif, 21 negatif dan 56 masih menunggu keputusan.

“Punca jangkitan masih dalam siasatan,” katanya semasa sidang media hari ini.

Dalam pada itu, Noor Hisham turut mengumumkan terdapat tiga kluster yang diisytiharkan tamat hari ini iaitu Kluster Pusat Perubatan Kuching, PUI Pitakwa dan PUI Shirala menjadikan keseluruhan kluster tamat adalah 74. – MalaysiaGazette

The post Belum reda kluster Sivagangga muncul pula kluster Tawar appeared first on My KMU NeT.

]]>
https://mykmu.net/2020/08/14/belum-reda-kluster-sivagangga-muncul-pula-kluster-tawar/feed/ 0 216516
Kanak-kanak 4 tahun maut tertinggal dalam kereta hampir 10 jam https://mykmu.net/2020/08/14/kanak-kanak-4-tahun-maut-tertinggal-dalam-kereta-hampir-10-jam/ https://mykmu.net/2020/08/14/kanak-kanak-4-tahun-maut-tertinggal-dalam-kereta-hampir-10-jam/#respond Fri, 14 Aug 2020 03:05:31 +0000 https://mykmu.net/?p=216513 Seorang kanak-kanak perempuan 4 tahun meninggal dunia selepas hampir 10 jam tertinggal dalam kereta bapanya di Bukit Makmur, Sungai Lalang,

The post Kanak-kanak 4 tahun maut tertinggal dalam kereta hampir 10 jam appeared first on My KMU NeT.

]]>
Seorang kanak-kanak perempuan 4 tahun meninggal dunia selepas hampir 10 jam tertinggal dalam kereta bapanya di Bukit Makmur, Sungai Lalang, Sungai Petani, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Adzli Abu Shah berkata, kejadian itu hanya disedari bapa mangsa yang berumur 30-an ketika hendak pulang ke rumah dari tempat kerjanya pada 6.20 petang.

“Sebelum kejadian, bapa mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori itu menghantar kakak mangsa ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Bayu, Sungai Petani pada 7.30 pagi, sebelum ke tempat kerjanya di Bukit Makmur, Sungai Lalang.

“Bapa mangsa sepatutnya menghantar mangsa ke rumah neneknya di Kampung Bukit, Sungai Pasir, namun terlupa mangsa berada di dalam kereta dan sedang tidur di tempat duduk belakang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Adzli berkata, selepas sampai di tempat kerja, bapa mangsa keluar memandu lori ke beberapa kawasan, sebelum pulang semula ke tempat kerja pada 4.30 petang dan terus masuk ke pejabat untuk menguruskan kerja lain.

“Selepas selesai bekerja, bapa mangsa pergi ke kereta sebelum melihat mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk belakang kereta.

“Bapa mangsa terus membuat panggilan kecemasan untuk memaklumkan kejadian itu, bagaimanapun kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.”

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. FMT

The post Kanak-kanak 4 tahun maut tertinggal dalam kereta hampir 10 jam appeared first on My KMU NeT.

]]>
https://mykmu.net/2020/08/14/kanak-kanak-4-tahun-maut-tertinggal-dalam-kereta-hampir-10-jam/feed/ 0 216513
Disyaki lindungi pusat judi, 3 lagi penguatkuasa MBSA ditahan SPRM https://mykmu.net/2020/08/14/disyaki-lindungi-pusat-judi-3-lagi-penguatkuasa-mbsa-ditahan-sprm/ https://mykmu.net/2020/08/14/disyaki-lindungi-pusat-judi-3-lagi-penguatkuasa-mbsa-ditahan-sprm/#respond Fri, 14 Aug 2020 02:18:18 +0000 https://mykmu.net/?p=216508 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahak tiga lagi penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang disyaki menerima rasuah dalam

The post Disyaki lindungi pusat judi, 3 lagi penguatkuasa MBSA ditahan SPRM appeared first on My KMU NeT.

]]>
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahak tiga lagi penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang disyaki menerima rasuah dalam melindungi premis perniagaan tiada lesen dan pusat judi di Sungai Buloh.

Penahanan terbaru SPRM berhubung isu itu melibatkan individu berusia di antara 40 dan 43 tahun, pada lebih kurang jam 2 petang semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini untuk perintah reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Astro Awani memetik Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Ahmad Khusairi Yahaya sebagai mengesahkan tangkapan tersebut.

Ahmad Khusairi bagaimanapun dikatakan enggan mengulas lanjut.

Penahanan terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan penguat kuasa MBSA yang ditahan berhubung isu berkenaan adalah lapan orang.

Sebelum ini, dilaporkan SPRM telah menahan lima penguat kuasa MBSA dan seorang peniaga rokok seludup berbangsa Acheh.

The post Disyaki lindungi pusat judi, 3 lagi penguatkuasa MBSA ditahan SPRM appeared first on My KMU NeT.

]]>
https://mykmu.net/2020/08/14/disyaki-lindungi-pusat-judi-3-lagi-penguatkuasa-mbsa-ditahan-sprm/feed/ 0 216508
Wanita langgar kuarantin rumah didakwa di mahkamah hari ini https://mykmu.net/2020/08/14/wanita-langgar-kuarantin-rumah-didakwa-di-mahkamah-hari-ini/ https://mykmu.net/2020/08/14/wanita-langgar-kuarantin-rumah-didakwa-di-mahkamah-hari-ini/#respond Fri, 14 Aug 2020 02:13:49 +0000 https://mykmu.net/?p=216509 Wanita berusia 72 tahun yang berada di bawah Perintah Pengawasan Rumah Covid-19 tetapi dilihat makan di sebuah restoran di Meru

The post Wanita langgar kuarantin rumah didakwa di mahkamah hari ini appeared first on My KMU NeT.

]]>

Wanita berusia 72 tahun yang berada di bawah Perintah Pengawasan Rumah Covid-19 tetapi dilihat makan di sebuah restoran di Meru Raya akan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh di Perak hari ini.

Media diberitahu perkara itu melalui notis yang dihantar oleh Cawangan Inspektorat dan Undang-Undang Jabatan Kesihatan Perak, semalam.

Wanita itu akan didakwa mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang membawa hukuman di bawah Seksyen 24 (a) akta yang sama, lapor The Star.

Sekiranya didapati bersalah, dia boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Wanita berkenaan menarik perhatian ketika dia dilihat sedang makan dengan gelang merah jambu yang dipakaikan pada pesakit di bawah pengawasan (PUS).

Dia sebelum ini diperintahkan untuk menjalani kuarantin 14 hari di rumah setelah pulang dari luar negara pada 4 Julai.

Individu yang menjalani kuarantin rumah wajib tinggal di rumah selama 14 hari dan mengambil ujian Covid-19 kedua pada hari ke-13.

Kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melanggar perintah kaarantin rumah.

Semalam, pemilik Nasi Kandar Salleh di Napoh, Kubang Pasu yang dikaitkan dengan kluster Sivagangga dijatuhi hukuman penjara lima bulan kerana melanggar perintah kuarantin rumah di bawah Seksyen 15 (1) Akta tersebut.

Orang ramai berulang kali diberi amaran kemungkinan hukuman penjara sekiranya mereka tidak mematuhi perintah kaurantin yang dikenakan ke atas mereka.

The post Wanita langgar kuarantin rumah didakwa di mahkamah hari ini appeared first on My KMU NeT.

]]>
https://mykmu.net/2020/08/14/wanita-langgar-kuarantin-rumah-didakwa-di-mahkamah-hari-ini/feed/ 0 216509