WAN AZIZAH TIDAK PERCAYA KEPADA FIRMA ZAID IBRAHIM & CO : ISU SAMAN AKHBAR SUARA KEADILAN

Akibat menjolok ‘sarang tebuan’ Akhbar Suara Keadilan disaman oleh FELDA dan anak syarikatnya Felda Global Ventures Holding dengan nilai tuntutan RM200 juta. Notis tuntutan saman juga  telah pun difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 16 Ogos 2010 lalu.

Daripada sumber yang saya perolehi ‘Notis Tuntutan’ tersebut telah pun diterima oleh pihak-pihak  defenden seperti Presiden PKR Datuk Dr. Wan Azizah, Syed Hussin Ali, Pencetak dan Penerbit Akhbar Suara Keadilan. Saya juga dimaklumkan kesemua defenden ini telah pun melantik peguam bagi mewakili mereka.

Yang menjadi kemusykilan, saya dimaklumkan bahawa Presiden PKR Datuk Dr. Wan Azizah dan defenden lain tidak melantik firma Zaid Ibrahim & Co untuk mewakili beliau. Adakah ini ‘tindak balas’ oleh kenyataan Datuk Zaid  Ibrahim yang menyatakan hasratnya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dan melawan Presiden PKR Selangor, Azmin Ali yang juga merupakan Setiausaha Sulit Kepada Anuar Ibrahim?

Siapa pun firma guaman yang mewakili Presiden PKR dan defenden yang lain…….see you in court!!!

Read more

SELEPAS ANAK, MAZLAN TUBUH BAPA PULA

Selepas menubuhkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), pengerusinya Mazlan Aliman mengambil inisiatif baru untuk menubuhkan Badan Bertindak Bagi Warga Felcra (BAPA). Katanya, BAPA ditubuhkan untuk mendedahkan penyelewengan yang berlaku di dalam Felcra.

Beliau memberitahu media demikian ketika ditemui selepas mengiringi yang dipertua PAS Jempol, Abd Rahman Ramli membuat laporan polis terhadap ucapan perdana menteri yang didakwa menghina mahkamah.

Mazlan yang juga pengerusi biro tanah dan pembangunan Wilayah PAS pusat berkata, penubuhan BAPA adalah hasil himpunan warga Felcra di Changkat Lada, Perak pada 31 Julai lalu.

“Jadi kita bersetuju untuk menubuhkan sebuah NGO untuk mewakili warga Felcra. Kita bersetuju namanya Badan Bertindak Warga Felcra atau singkatannya BAPA.

“Kita akan mendedahkan secara bersiri-siri penyelewengan dalam Felcra.

Dalam satu sidang akhbar pada 17 Ogos lalu, Mazlan mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat pelbagai dakwaan kepincangan, pecah amanah dan salah guna kuasa dalam Felcra.

Beliau yang juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan petugas khas bagi menyemak kembali aduan-aduan yang dibuat oleh peserta Felcra. Dalam sidang akhbar itu, Mazlan mendakwa pihaknya mengenalpasti 22 penyelewangan berlaku di agensi kerajaan itu, termasuk mempunyai dokumen bagi membuktikannya.

Antara dakwaan salah laku itu termasuk pembelian 20,000 ekar estet di Sabah dan pelaburan RM 17 juta bagi membeli bon tanpa mendapat kelulusan.

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/141729

ULASAN GENERATION CYBER :-

Kes pendaftaran Pertubuhan ANAK belum selesai, si Mazlan Aliman ni dah buat Pertubuhan BAPA pulak. ANAK dah la haram, BAPA pun haram juga. Hebat perjuangan Mazlan Aliman, semua yang haram-haram belaka.

Pertubuhan ANAK kononnya untuk membela nasib peneroka-peneroka FELDA, BAPA pula perjuangkan peserta FELCRA, lepas ni Mazlan Aliman akan tubuhkan MAK untuk bela peserta RISDA. MENANTU, BIRAS, NENEK, ATUK, CUCU dan CICIT untuk agensi-agensi lain pula. Lawak sungguh!! Kalau nak cari publisiti pun, biar la kena pada tempatnya.

Mazlan Aliman ni bukannya nak membantu, kalau betul nak membantu tak perlu wujudkan ANAK dan BAPA. Agensi-agensi terlibat semuanya dah ada pengurusan dan pentadbiran yang tersusun, malah telah ada sejak sekian lama pertubuhan berdaftar mewakili peneroka FELDA dan peserta FELCRA.

Adalah lebih baik Mazlan Aliman ni balik ke kampungnya di Felda Bukit Ramun, Johor dan usahakan ladang sawit milik arwah ayahnya serta berbakti kepada masyarakat peneroka di sana, itu yang lebih ‘afdal’.

Read more