GUNA MERIT ?

UDANG SEBALIK MI ?

Suara presiden MCA terkini
Merit bukan kuota dipromosi
Kek ekonomi Negara kongsi
Itulah yang kaumnya ingini
……………………………
Jika lipatan sejarah perhalusi
Jurang ekonomi akan dibaiki
Kuota 30 peratus umum rasmi
Untuk membantu kaum bumi
……………………………
Sejak dahulu hinggalah kini
Baki 70 peratus bukan bumi
Termasuk pelabur luar negeri
Kuota bumi tak pernah penuhi
……………………………
Hasrat MCA amatlah curigai
Gaya mengaut depa aplikasi
Gaya berkongsi tidak minati
Apakah lagi yang depa ingini
…………………………….
Begitu kukuh dijatikan diri
Tuduh kita rasisnya tinggi
Kehendak rasis depa susupi
Macam udang disebalik mi
……………………………
Depa terusan mendahului
Jika tanpa kuota kendali
Nasib kita kekal sebegini
Tokok seinci, depa sekaki
…………………………….
serling
[14.08.2010]
ahad
…..
p/s:
MM:14.08.2010:ahad:
“Guna merit bukan kuota – MCA”

SETERUSNYA

Read more